Penjenayah miliki 17 rekod jenayah maut ditembak

Penjenayah miliki 17 rekod jenayah maut ditembak
Apabila sampai di hadapan tapak projek Green Hill Jalan Tasek Valdor, kereta suspek membelok masuk ke kebun kelapa sawit sebelum terbabas akibat terlanggar batu. Foto PDRM
NIBONG TEBAL: Seorang penjenayah yang dikehendaki polis maut ditembak ketika cuba menyerang polis dengan melepaskan beberapa das tembakan  ke arah polis dalam satu kejadian di Jalan Tasek Valdor, di sini, pagi Rabu.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, lelaki berusia 20-an terbabit yang memandu kereta jenis Proton Waja pada mulanya cuba melarikan diri selepas terserempak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zainol Samah berkata, suspek adalah individu sama yang  turut melepaskan tembakan ke arah polis dalam kejadian di Machang Bubuk, Bukit Mertajam sehari sebelum kejadian.

Zainol berkata, polis telah mengekori kenderaan suspek dan tiba-tiba suspek terus memecut kenderaan ke arah Jalan Tasek melalui Jalan Tasek Valdor.
"Pasukan polis mengejar dan apabila sampai di hadapan tapak projek Green Hill Jalan Tasek Valdor, kereta suspek membelok masuk ke kebun kelapa sawit sebelum terbabas akibat terlanggar batu.

"Suspek kemudiannya  keluar dari kereta dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah pihak polis sebelum dia maut ditembak," katanya.

Hasil siasatan polis mendapati suspek memiliki 17 rekod jenayah dan 11 rekod dadah manakala kenderaan digunakannya juga adalah kereta curi.



Tambah Zainol suspek juga dikehendaki sejak 2007 dalam empat kes jenayah melibatkan senjata api,  ugutan jenayah.

Hasil pemeriksan, polis menemui sepucuk pistol semi auto CZ made in Czech republic bersama 6 butir peluru dalam magazine dan 1 butir dalam chamber (9mm Thai Arm) pada sisi sebelah kanan suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.





Tag: jenayah, polis, maut, siasatan, tembakan, kereta, suspek, mayat, penjenayah, serang polis, Nibong Tebal, Zainol Samah, senjata api


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.