Tutup

Penubuhan IPCMC dijangka tahun ini - Abu Kassim

Penubuhan IPCMC dijangka tahun ini - Abu Kassim
Menurut Abu Kassim Mohamed, secara prinsipnya kerajaan tiada hlangan terhadap usaha penubuhan IPCMC.
PUTRAJAYA: Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Dan Salah Laku Polis (IPCMC) dijangka selesai tahun ini, kata Ketua Pengarah Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Menurut beliau, secara prinsipnya, kerajaan tiada halangan dan memberikan sokongan pada penubuhan IPCMC.

Abu Kassim berkata, pada masa ini pihak bertanggungjawab akan mengadakan perbincangan berhubung aspek teknikal sebelum memuktamadkan penubuhan suruhanjaya itu dalam tempoh dua minggu lagi.

“Kita akan mengadakan perbincangan teknikal. Pada prinsipnya, tiada halangan dan sokongan diberikan kepada kerajaan penubuhan IPCMC ini.
 
"Terdapat beberapa perkara akan dibincangkan dalam tempoh seminggu dua ini sebelum dibentangkan ke Kabinet,” kata Abu Kassim.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat bersama Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador serta pengurusan kanan PDRM.

Dalam perbincangan hari ini juga, Abu Kassim berkata, beberapa perkara yang dibangkitkan termasuk bidang kuasa IPCMC yang tidak akan melebihi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard di dalam PDRM.


Tag: Penubuhan IPCMC dijangka tahun ini, Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Nasional, IPCMC, GIACC, Abu Kassim Mohamed, Abdul Hamid Bador



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.