PUTRAJAYA:Penularan COVID-19 di Malaysia masih lagi terkawal dengan kadar kebolehjangkitan (RO), atau disebut 'R-Naught' adalah kurang daripada 1.6 dengan kadar ketika ini adalah 1.39, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
"RO ketika ini adalah 1.39 dan keadaan masih terkawal. Tahap kritikal adalah 1.6 dan di Sabah kira-kira 1.42. Kita masih dapat mengawal penularan dengan syarat kita terus melakukan yang terbaik dengan langkah-langkah kesihatan awam di kawasan masing-masing," katanya pada sidang media perkembangan pandemik COVID-19 di sini hari ini.
Mengambil contoh Sabah, Dr Noor Hisham berkata pelbagai langkah kesihatan awam telah diambil sejak sebelum pilihan raya negeri (PRN) itu, termasuk kawalan sempadan dan sekatan jalan raya. Bagaimanapun, tindakan tidak dibuat secara rasmi.
"Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) diumumkan secara rasmi semalam dan dikuatkuasakan hari ini hingga 12 Okt di empat daerah - Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna.
"Kami berharap dapat memperketat kawalan keselamatan dan mengawal aktiviti di kawasan berkenaan. Kami berharap dapat terus mengesan kes positif dan membendung penularan," katanya.
Dr Noor Hisham berkata tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) telah terbukti dapat membendung dan memutuskan rantaian jangkitan di beberapa kawasan, masyarakat dan daerah.
Beliau berharap orang ramai terus memberikan kerjasama dengan mematuhi syarat ditetapkan kementerian seperti menjalani ujian saringan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Klia2.
Mengulas mengenai TEMCO, Dr Noor Hisham berkata walaupun dilaksanakan di beberapa daerah, namun fokus tetap diberikan kepada beberapa perkampungan seperti Sri Tanjung di Tawau, bandar-bandar dan kawasan yang dikenalpasti.
Mengenai tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan mereka yang terlibat ketika PRN Sabah yang selesai baru-baru ini, Dr Noor Hisham berkata setakat ini tiada aduan mengenai ketidakpatuhan terhadap SOP diterima.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 29 2020
Dr Noor Hisham berkata tindakan KKM telah terbukti dapat membendung dan memutuskan rantaian jangkitan di beberapa kawasan, masyarakat dan daerah. - Facebook/KKM
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Peniaga bazar perlu jujur menjual juadah, jaga keberkatan Ramadan
Pernah atau tidak anda membeli makanan basi, atau tertipu dengan imej makanan yang tidak sama dengan dihidangkan di bazar Ramadan?
Laporan siasatan angggota bomba lemas siap lagi dua minggu
Laporan siasatan insiden seorang anggota bomba lemas ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin pada 22 Feb lepas, akan diperoleh dalam tempoh dua minggu.
Jabatan Patologi Hospital di Johor tetapkan SOP lebih ketat, elak rasuah
Hanya segelintir kakitangan Jabatan Patologi termasuk ahli patologi dan pembantu makmal yang sedang disiasat berhubung kes rasuah.
Melaka akan perkenal garis panduan, SOP atasi masalah kekurangan beras tempatan
Ia bagi menyelaraskan semua data bekalan beras tempatan yang akan ke Melaka dan di mana ia diedarkan.
SOP REE yang akan dikeluarkan dapat atasi masalah kecurian - Sanusi
Sanusi berkata prosedur operasi standard (SOP) melibatkan unsur nadir bumi (REE) yang akan dikeluarkan kerajaan dapat mengatasi kecurian hasil mineral itu di seluruh negara.
PRN: KKM syor guna pakai SOP kesihatan pilihan raya sedia ada
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) kesihatan pilihan raya sedia pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Langkah kerajaan kemas kini SOP COVID-19 praktikal - Pakar
Langkah berkenaan juga tepat, susulan pengisytiharan WHO bahawa COVID-19 tidak lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global.
Pelitup muka tak wajib, tapi digalakkan ketika di hospital, pengangkutan awam
Tempoh pengasingan kes disahkan COVID-19 pula dipendekkan daripada tujuh kepada lima hari dari onset gejala pertama, juga berkuat kuasa 5 Julai ini.
Jabatan Perhilitan Selangor nafi zalim, ikut SOP tangkap kera
Perhilitan Selangor nafi laporan yang mendakwa terdapat unsur kezaliman berkaitan pengurusan kawalan konflik kera di Apartment Sunway, Batu Caves.
PRN: Sekolah siap sedia dijadikan pusat pengundian - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata sekolah yang bakal dijadikan pusat pengundian di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah berada dalam keadaan siap siaga.