Trend penularan penyakit tuberkulosis atau tibi di Malaysia menunjukkan penurunan sebanyak 1.3 peratus atau 25,837 kes pada tahun 2018 berbanding 26,168 kes pada tahun 2017.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata hari ini, Selangor merekodkan kes tibi tertinggi dengan 5,071 kes dan diikuti Sabah iaitu 5,008 kes bagi tahun 2018.
"Kadar kematian tibi pada tahun 2018 adalah 6.6 setiap 100,000 penduduk dan telah meningkat berbanding 6.5 setiap 100,000 penduduk pada tahun 2017. Untuk kes kematian, Sabah mencatat jumlah tertinggi iaitu 376 kes kematian dan diikuti Selangor 375 kes bagi tahun 2018.
"Sehubungan itu, adalah penting pesakit mendapatkan rawatan awal bagi mengelak komplikasi dan kematian akibat penyakit tibi dan pada masa yang sama bagi mencegah penularan kepada orang lain," katanya dalam satu kenyataan.
Sempena Hari Tibi Sedunia yang disambut pada 24 Mac setiap tahun sebagai tanda mengingati penemuan bakteria Tibi pertama oleh Dr Robert Koch pada 24 Mac 1882, Dr Noor Hisham berharap anggapan salah masyarakat terhadap penyakit ini dapat diperbetulkan.
Dr Noor Hisham berkata sejajar dengan tema bagi sambutan Hari Tibi pada tahun 2019 iaitu "Inilah Masanya: Kesan, Rawat dan Pastikan Sembuh Tibi", individu yang mempunyai tanda-tanda penyakit tibi perlu segera ke klinik kesihatan bagi melakukan ujian saringan tibi.
"Antara simptom utama tibi ialah batuk berpanjangan melebihi dua minggu, demam, berpeluh waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan dan batuk berdarah. Bagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat beranggapan bahawa batuk tersebut adalah 'batuk biasa' yang akan 'sembuh' dengan mengambil ubatan antibiotik selama satu minggu sahaja.
"Anggapan salah seperti inilah menjadikan penyakit tibi masih merebak di udara dan boleh menjangkiti individu yang lain. Hakikatnya ubat-ubatan tibi perlu diambil setiap hari sekurang-kurangnya selama enam bulan," ujarnya.
Justeru, hebahan mengenai penyakit tibi akan diteruskan agar maklumat mengenai penyakit ini dapat dihayati oleh segenap lapisan masyarakat di samping stigma dan salah faham berkaitan penyakit tibi perlu diperbetulkan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan hampir 10 juta kes tibi baharu di seluruh dunia bagi tahun 2017 dan 1.3 juta kematian yang disebabkan oleh penyakit itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2019
Dr Noor Hisham berharap anggapan salah masyarakat terhadap penyakit ini dapat diperbetulkan. - Bernama
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.