Penumpang AirAsia X meninggal dunia dalam pesawat dari Jeddah

KUALA LUMPUR: Seorang penumpang disahkan meninggal dunia semasa berada dalam pesawat AirAsia X penerbangan D7 171 yang dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur dari Jeddah pada Jumaat.


Air Asia X, penumpang, meninggal dunia, Jeddah
Situasi dalam pesawat AirAsia X penerbangan D7 171 - Foto dikongsi oleh salah seorang penumpang kepada Astro AWANI
 
AirAsia X Berhad dalam satu kenyataan ringkas kepada Astro AWANI mengesahkan laporan ini serta memberitahu bahawa ahli keluarga penumpang tersebut serta pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai perkara ini.
 
Air Asia X, penumpang, meninggal dunia, Jeddah
Situasi dalam pesawat AirAsia X penerbangan D7 171 - Foto dikongsi oleh salah seorang penumpang kepada Astro AWANI
“Kami sedang menyediakan segala jenis bantuan yang diperlukan ketika ini,” kata kenyataan tersebut.

Punca kematian belum dapat dikenal pasti.