Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkemungkinan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana awam Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah.
Menurut sumber, belum dapat dipastikan bila bekas menteri KKLW itu akan dipanggil.
"Setakat ini belum pasti lagi (bila akan panggil), tetapi ada kemungkinan (akan dipanggil)," kata sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Astro AWANI di sini, hari ini.
Baru-baru ini, tular di laman sosial apabila Mohd Shafie merupakan antara individu yang akan dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana kementerian itu di Sabah.
BACA: Penyelewengan dana projek Sabah: Adik bekas menteri direman lima hari
BACA: Lagi ahli politik Sabah ditahan SPRM
BACA: Seleweng dana kementerian: Pemimpin kanan parti politik Sabah ditahan SPRM
Nama Mohd Shafie mula disebut selepas SPRM menahan seorang individu dipercayai seorang ahli perniagaan di sebuah rumah di Putatan, Sabah kira-kira pukul 9.30 malam, Selasa lalu.
Mohd Shafie yang meninggalkan UMNO pada Julai tahun lalu, kini merupakan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan).
Dalam pada itu, sumber menambah, tiga Ketua Pemuda dari dua parti politik di Sabah yang ditahan SPRM Isnin lalu, dipercayai berperanan sebagai pelobi projek.
Sumber memberitahu, ketiga-tiga mereka dipercayai menjadi orang tengah di antara kontraktor dan individu yang boleh memberikan sesuatu projek.
"Siasatan awal mendapati, mereka berperanan sebagai pelobi projek ... orang tengah antara kontraktor dan individu (meluluskan) projek," katanya.
Sementara itu, Mohd Shafie ketika dihubungi menyerahkan perkara itu kepada siasatan SPRM dan enggan mengulas lanjut.
"Saya tiada apa-apa mahu komen, kerana masih dalam siasatan SPRM. Tetapi, kasihan adik saya, apabila gambar rumah yang tersebar seperti banglo, sebaliknya hanya rumah teres biasa.
"Sebarang komen dan kenyataan media saya akan maklumkan kemudian," tambahnya.
Sebelum melakukan penahanan terhadap ahli perniagaan itu, SPRM pada petang Selasa telah menggeledah rumah ahli perniagaan itu.
Dia antara tujuh individu yang sudah ditahan berhubung siasatan kes penyelewengan dana itu, yang didakwa berlaku di Sabah, antara tahun 2010 dan 2016.
Assim Hassan
Thu Oct 12 2017
MOHD SHAFIE: Saya tiada apa-apa mahu komen, kerana masih dalam siasatan SPRM. - Gambar fail
Menteri Luar Singapura antara yang terima surat dengan ugutan dan imej yang dimanipulasi
Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan merupakan antara beberapa Ahli Parlimen di negara ini yang menerima surat berbaur ugutan beserta imej yang dimanipulasi.
Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu - Setiausaha Politik
Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan t
Hafizh Syahrin raih kemenangan sulung di Zhuhai
Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan sulung bersama JDT Racing Team pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai, di China hari ini.
AWANI Ringkas: Taktik baharu scammer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [20/04/2024] - Noktahkan kemiskinan Sabah | Belum tahu jumlah peruntukan pembangkang | Freedom Flotilla to Gaza | Thailand terima 10.72 juta pelancong asing
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Dua polis BSI ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Malaysia-Thailand tingkat kerjasama atasi jenayah
Malaysia dan Thailand setuju tingkat kerjasama untuk membanteras jenayah rentas sempadan.
#AWANI745
#AWANI745
MCMC lapor polis terhadap Papagomo, Che Gu Bard dan Salim Iskandar
MCMC menegaskan pihaknya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan kesemua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya.
#AWANI745
#AWANI745
Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan
Hari ini bermula Kursus Haji Perdana secara berperingkat yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji.
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
1.39 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Thailand terima ketibaan 10.72 juta pelancong asing termasuk 1.39 juta dari Malaysia.
#AWANI745
#AWANI745
Jenazah pelakon, pengarah Jit Murad selamat dikebumi
Jenazah Allahyarham Jit Murad atau nama sebenarnya Aziz Mirzan Murad, 62, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara kira-kira pukul 3.15 petang ini.
PdPR: Kakak jadi 'guru' bantu tiga adik ikuti pembelajaran
Bergelar anak sulung bukan satu cabaran yang kecil, apatah lagi selepas kehilangan ibu bapa tempat bergantung harap.
Mahkamah tolak afidavit dakwaan UMNO miliki akaun rahsia
Mahkamah Tinggi menolak afidavit yang difailkan oleh pihak pendakwaan yang mengatakan bahawa UMNO mempunyai akaun yang tidak didedahkan.
JKM kemuka permohonan hak jagaan dua adik kanak-kanak lemas dalam tong esok
Permohonan itu ditangguhkan susulan kedua-dua beradik perlu menjalani pemerikaan kesihatan termasuk ujian calitan di Hospital Melaka hari ini.
Kerana hutang, adik ugut tikam dan bunuh kakak
Tertuduh Muhamad Shah Izuan Azmi, 28, yang pada awalnya mengaku bersalah bagaimana menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Zahid sumbang RM5.9 juta kepada adik untuk beli dua banglo - Saksi
Perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh adik Ahmad Zahid iaitu Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi yang merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan AL-Falah.
Adik Jamal Abdillah meninggal dunia
Menurut penghibur tersohor itu, Allahyarham Hamka menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur akibat sakit jantung.
Kakak 'backup' suami, rogol adik selama dua tahun sehingga mengandung
Suspek juga pernah memukul mangsa dengan menggunakan tali pinggang sekiranya nafsunya tidak dilayan.
Anak panda semakin lincah, sambut ulang tahun pertama
Keletah anak panda betina kedua kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dari China pada sambutan ulang tahun pertamanya hari ini nyata mencuit hati pengunjung.
Jabatan Peguam Negara digesa tidak dakwa adik Lokman
Datuk Liew Vui Keong berkata kes itu tidak sepatutnya diteruskan kerana Dr Mahathir sendiri tidak kisah dengan apa jua kenyataan yang dibuat tentang beliau.