Sektor pelancongan antarabangsa di Perak meningkat 10 peratus sepanjang suku pertama hingga ketiga tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.
Namun menurutnya, kerajaan negeri berharap sektor pelancongan domestik akan meningkat selepas cuti sekolah ini.
“Kita akan membuat sidang media khas untuk melaporkan prestasi Tahun Melawat Perak (TMP) 2017,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sidang media itu diadakan bagi mengumumkan Taiping International Flag Marathon (TIFM) 2018, yang merupakan marathon pertama di negeri Perak
Beliau diminta mengulas perkembangan terkini mengenai prestasi TMP 2017.
Nolee berkata, Ipoh dan Taiping adalah antara destinasi pelancongan yang menarik ramai pengunjung di samping memperlihatkan peningkatan dari pelbagai segi penginapan, peniaga dan perkhidmatan.
“Ini semua merupakan tanda aras untuk mengetahui sama ada pembangunan itu berlaku atau tidak di dalam industri pelancongan,” ujarnya.
Mengenai rancangan pelancongan untuk 2018, terdapat banyak projek yang telah diumumkan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, antaranya Silverlakes Brand Village Outlet di Batu Gajah dan penjenamaan semula bandaraya Ipoh.
Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia dan Tourism Malaysia menunjukkan negeri Perak telah menerima kedatangan pelancong domestik tertinggi selama empat tahun berturut-turut mulai 2012 hingga 2015.
Manakala pada 2016, Perak berada di kedudukan kedua tertinggi dengan jumlah pelancong 7.2 juta diikuti Johor dengan mencatat 7.4 juta.
Bagi menyemarakkan lagi sektor pelancongan di Perak, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM8 juta pada tahun 2018.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Dec 26 2017
Terdapat banyak projek yang telah diumumkan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, antaranya Silverlakes Brand Village Outlet di Batu Gajah dan penjenamaan semula bandaraya Ipoh. - Gambar fail
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Perak semakin di hati, sektor pelancongan meningkat
Sektor pelancongan antarabangsa di Perak meningkat 10 peratus sepanjang suku pertama hingga ketiga tahun ini.