Pemilik perancang perkahwinan Zurin Jundi di hadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas 12 pertuduhan memperdaya lima pelanggan.

Kesemua pertuduhan itu membabitkan nilai kerugian keseluruhan RM54,163.

Tertuduh Zurina Ahmad Jundi bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dijalankan dihadapan dua Majistret, Azureen Shahira Suffee Affandi dan Noor Aisyah Ahmad secara berasingan.

Mengikut kertas pertuduhan, Nor Zurina didakwa melakukan kesalahan itu antara 25 Mac 2017 hingga 31 Julai 2017 di lokasi sekitar Johor Bahru dan Shah Alam.

Tertuduh didakwa telah memperdaya, kesemua mangsa supaya menyerahkan wang tunai bernilai dengan jumlah berbeza sebagai wang untuk urusan perkhidmatan pakej perkahwinan.

Pertuduhan mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan secara berasingan oleh timbalan pendakwa raya, Muhammad Mohd Nasir dan Muhammad Syafiq Mohd Ghazali.

Manakala tertuduh diwakli peguam, Hannan Ishak.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM16 ribu dengan dua penjamin bagi semua pertuduhan.

Mahkamah juga menetapkan 15 Februari depan sebagai sebutan semula kes