Wabak denggi yang menular ketika ini turut meragut nyawa salah seorang warga kerja Astro AWANI.

Penyunting visual, Khairul Anuar Che Ramli, 33, meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pagi Ahad di Hospital Ampang Puteri pada Ahad.

Allahyarham dimasukkan ke hospital itu sejak Khamis lalu.

Khairul Anuar kemudiaanya dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi, (ICU) pada petang Sabtu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya.

Salah seorang sepupu Allahyarham, Farina dia tidak menyangka demam biasa yang dialami sepupunya itu akhirnya membawa ajal.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Antarabangsa Ukay Perdana dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda Gombak sebelum solat Asar pada Ahad.

Dikenali sebagai seorang yang periang, Allahyarham disenangi rakan sekerja kerana sikapnya yang peramah dan suka membantu.

Mula bekerja di Astro AWANI sejak 2006, Khairul Anuar yang turut mesra disapa panggilan Samson meninggalkan seorang isteri, Zamila Razeman, 27 dan anak lelaki berusia setahun.

Kami di Astro AWANI akan menjalankan kempen #CukupSetakatSamson bagi memerangi habis-habisan wabak denggi di negara ini.

Bagi menyatakan sokongan anda, sila klik like di www.facebook.com/CukupSetakatSamson.