Tiada perubahan kepada undang-undang cermin gelap sedia ada dan segala peruntukan untuk menggelapkan cermin kenderaan persendirian kekal seperti sebelum ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menegaskan kelulusan perlu diperoleh sekiranya kadar gelap yang diinginkan pengguna melebihi paras yang ditetapkan.

Menurutnya, untuk cermin hadapan (windscreen), kadar gelap yang dibenarkan adalah 70 peratus Visible Light Transmission (VLT), manakala bagi cermin sisi hadapan, kadar VLT ialah 50 peratus, dan cermin penumpang dan belakang pula VLT 30 peratus.

Pengguna tidak perlu mendapatkan kelulusan dari pihak berkuasa sekiranya kadar gelap adalah seperti yang ditetapkan.

Beliau berkata demikian semasa membacakan pindaan kepada Rang Undang-undang (RUU) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2018 di Parlimen pada Isnin.

BACA: Majlis Bandaraya, JPJ diberi kuasa alih kenderaan terbiar

Walaubagaimanapun, pindaan ini bakal memberikan kuasa kepada Majlis Bandaraya untuk menetapkan fi terhadap penggunaan cermin gelap pada kenderaan.

“Sebelum ini, tiada peruntukan undang-undang untuk kerajaan meletakkan caj atau fi terhadap cermin gelap," kata Loke.

Tambahnya, hanya menteri diberi kuasa untuk memberikan pengecualian kepada mana-mana individu melalui surat..