Perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd yang melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan ke hari esok selepas saksi pembelaan masih belum bersedia.
Peguam Najib, Farhan Read memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa saksi pembelaan, Datuk Rosman Abdullah yang merupakan pengarah urusan Putra Perdana Construction Sdn Bhd yang sepatutnya memberi keterangan, masih belum bersedia untuk ditampilkan oleh pihak pembelaan.
Beliau memaklumkan mahkamah bahawa mereka tidak dapat meneruskan dengan keterangan Rosman hari ini.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pula memberitahu mahkamah bahawa bekas perdana menteri itu terpaksa menghadiri mesyuarat politik di ibu pejabat parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pukul 10.30 pagi ini.
"Anak guam saya perlu menghadiri mesyuarat di PWTC pada pukul 10.30 pagi dan kemudiannya dia diminta ke Istana Negara,” kata Muhammad Shafee.
Muhammad Shafee turut memaklumkan mahkamah bahawa mereka akan memanggil Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, bekas ketua setiausaha sulit kanan Najib, Tan Sri Shukry Mohd Salleh dan bekas peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk memberi keterangan minggu depan.
"Esok Rosman akan memberi keterangan manakala Penolong Pesuruhjaya SPRM Mohd Nasharudin Amir akan dipanggil pada hari Khamis,” katanya.
Hakim Mohd Nazlan kemudiannya mengarahkan pihak pembelaan menghantar kenyataan saksi kepada pihak pendakwaan menjelang pukul 5.00 petang ini.
"Pastikan saksi ada di sini esok. Jadi mahkamah ditangguhkan hari ini. Prosiding bersambung esok, pada pukul 2.30 petang,” katanya.
Najib sedang membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyelewang RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, yang terdiri daripada tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan melakukan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalah guna kuasa membabitkan dana SRC.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 25 2020
Farhan (gambar) berkata, saksi Datuk Rosman Abdullah, yang sepatutnya memberi keterangan, masih belum bersedia untuk ditampilkan oleh pihak pembelaan. - Gambar fail
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Kedudukan wanita perlu dianggap setaraf dengan lelaki untuk bangunkan negara - Tun M
Kedudukan wanita dalam masyarakat perlu dianggap setaraf dengan lelaki kerana golongan itu juga memainkan peranan penting dalam membangunkan negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun M sambut ulang tahun ke-98
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-98.
'Taut kembali kasih terpisah, cinta terlerai' - Ismail Sabri
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai mengambil peluang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk menautkan kembali kasih terpisah dan cinta terlerai.
Rasuah punca kos sara hidup meningkat - Tun Mahathir
Kos sara hidup di Malaysia meningkat kerana rasuah berleluasa, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Permohonan Najib ketepi injunksi kes saman 1MDB didengar 7 Feb 2023
Prosiding pendengaran itu akan berlangsung secara fizikal pada 9 pagi di hadapan Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad.
Saman Najib 'adalah serangan kolateral' terhadap kes berkaitan 1MDB - Peguam
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa saman Najib terhadap Tommy Thomas atas dakwaan menyalahgunakan kuasa dalam empat kes beliau membabitkan 1MDB adalah satu 'serangan kolateral.'
Pecah amanah, salah guna kuasa, Najib bekas PM pertama ke penjara
Buat pertama kalinya dalam catatan sejarah negara, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi bekas perdana menteri pertama dipenjarakan kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Tiada tindakan kenyataan 'Zamani Ibrahim' di Facebook pada 2018 - Polis
Semakan mendapati kenyataan itu telah dimuat naik pada 11 Mei 2018 dan merupakan kenyataan persendirian pemilik akaun tersebut.
Kes SRC: Keputusan ini bukti rakyat berkuasa - Anwar Ibrahim
Kata Anwar, ini membuktikan rakyat berkuasa dan telah membuat keputusan pada 2018 bagi memastikan negara bersih daripada rasuah.