Nama Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah begitu 'sebati' dengan sukan bola sepak kerana minat yang terlalu mendalam menyebabkan baginda mengabdikan diri dalam pembangunan sukan bola sepak negara.
Sejak mula menyandang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 12 Ogos 1984, baginda tidak pernah jemu membangunkan sukan bola sepak, meskipun semasa skuad bola sepak negara menerima pelbagai kritikan.
Malah, dedikasi baginda terhadap badan induk bola sepak negara membolehkan baginda mengekalkan jawatan itu tanpa bertanding untuk beberapa kali, antaranya bagi penggal 2001-2003, 2007-2010, 2010-2014.
Sebagai individu nombor satu di FAM, Almarhum sentiasa optimis skuad Harimau Melaya dapat kembali 'mengasah taring' di persada antarabangsa walaupun perit untuk menerima kedudukan tangga ke-159 pada ranking bola sepak dunia pada tahun 2013.
Almarhum teguh berdiri di belakang skuad bola sepak negara dan menasihatkan rakyat untuk tidak berputus asa, sementara pihak berkepentingan pula diingatkan untuk mencari formula bagi memastikan ranking itu tidak terus mengalami kemerosotan mendadak.
Reputasi Almarhum sebagai Presiden FAM bagaimanapun agak 'tercalar' apabila sekumpulan penyokong skuad Harimau Malaya mendesak baginda untuk berundur dan memberi laluan kepada muka baharu yang dilihat mempunyai lebih banyak idea segar.
Desakan itu semakin kuat apabila Malaysia tewas pada tahun 2013, ekoran kekalahan skuad bola sepak negara pada Piala Suzuki AFF, namun Almarhum tetap tenang dan menegaskan tidak akan berundur selagi khidmatnya diperlukan.
Desakan itu semakin kuat pada pemilihan pemilihan sempena Kongress FAM ke-50 bagi pemilihan untuk penggal 2014-2018, dan spekulasi terus menyelubungi sama ada baginda akan terus menerajui badan induk itu atau melepaskan jawatan itu.
Sikap 'gentleman' baginda terserlah apabila secara terbuka mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk mencabarnya, termasuklah semasa anakandanya Tengku Abdullah (kini Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) yang menerima sokongan ahli gabungan FAM untuk dicalonkan sebagai Presiden.
Bagaimanapun, kasih ayah dalam diri Almarhum terserlah apabila mengambil keputusan untuk tidak bertanding dan Al-Sultan Abdullah dipilih untuk meneruskan perjuangan ayahandanya apabila memperoleh undi majoriti dua pertiga, menewaskan pencabarnya Tengku Mahkota Johor Tengku Ismail Sultan Ibrahim.
Tidak hanya berbakti dalam pasukan bola sepak negara, Sultan Ahmad Shah juga aktif menabur jasa di persada antarabangsa dan pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ketujuh dari 13 Mei 1994 hingga 10 Mac 2002.
Di bawah pentadbiran baginda, Asia berjaya menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA di Jepun dan Korea Selatan pada tahun 2002, yang merupakan suatu sejarah kerana buat julung kalinya penganjuran kejohanan bola sepak nombor satu itu dilakukan secara bersama oleh dua negara.
Selain itu, baginda dipilih sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) pada 10 April 2011, dan 'kapasiti' itu digunakan sepenuhnya untuk mengukuhkan hubungan negara-negara di rantau ini menerusi sukan bola sepak.
Sebagai mengiktiraf sumbangan baginda yang mengangkat martabat sukan itu ke tahap yang lebih tinggi, Sultan Ahmad Shah menerima Anugerah Muhibbah ASEAN yang julung kalinya diadakan pada 4 April 2013.
Sikap kemanusiaan dan dermawan almarhum juga 'disatukan' dalam sukan itu dengan penubuhan Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN untuk mengumpul dana berjumlah AS$100,000 kepada mangsa bencana taufan Bopha yang melanda pulau-pulau Mindanao di Filipina, pada 2012.
Pengiktirafan demi pengiktirafan antarabangsa diterima baginda termasuk Aungerah Berlian AFC pada 23 Nov 2011, yang diberikan kepada individu yang memberikan sumbangan ke arah pembangunan dan promosi bola sepak di benua Asia.
Penglibatan baginda turut mendapat perhatian FIFA, apabila menerima anugerah berprestij FIFA - 'Order of Merit' - pada hari pembukaan Kongres ke-62 badan bola sepak antarabangsa itu di Budapest, Hungary pada 2012. - BERNAMA
BACA: Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah mangkat di IJN
BACA: Terima kasih kerana menjadi datuk paling hebat - Puteri Afzan Shakira
BACA: Sultan Ahmad Shah raja yang disenangi rakyat
Bernama
Wed May 22 2019
Tidak hanya berbakti dalam pasukan bola sepak negara, Almarhum Sultan Ahmad Shah ketika hayat baginda juga aktif menabur jasa di persada antarabangsa.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
Jenazah Tunku Ampuan Najihah selamat dimakamkan
Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, yang mangkat pagi tadi selamat dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti, di sini, petang ini.
PM Anwar utus salam takziah atas kemangkatan Tunku Ampuan Najihah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuskan salam takziah di atas kemangkatan bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin hari ini.
Negeri Sembilan berduka kemangkatan Tunku Najihah
Rakyat Negeri Sembilan berduka di atas kemangkatan bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin hari ini pada usia 100 tahun.
Tunku Ampuan Najihah mangkat
Jenazah akan disemayamkan di Istana Besar Seri Menanti dan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti pada hari ini, selepas waktu Asar.
Agong, Permaisuri zahir takziah atas pemergian Tunku Zahrah
Tunku Zahrah ialah sepupu kepada Raja Permaisuri Agong.
Permaisuri Johor berangkat ke upacara pemakaman Tunku Zahrah
Almarhumah Tunku Zahrah merupakan sepupu kepada Sultan Ibrahim dan telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor.
Ratu Elizabeth II mangkat kerana sakit tua
Sijil itu menyebut mengatakan baginda mangkat pada jam 3.15 di Istana Balmoral, Scotland pada 8 September.
Raihan kongsi kenangan bertemu Ratu Elizabeth II
Raihan memaklumkan baginda Ratu Elizabeth II pernah menjemput mereka mengadakan persembahan di Edinburgh.
Bendera dikibar separuh tiang susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersama memberikan penghormatan terakhir dengan berkumpul di pekarangan istana.
Sejarah kehidupan Ratu Elizabeth II
Ratu Elizabeth atau Elizabeth Alexandra Mary dilahirkan di 17 Bruton St, London, pada 21 April 1926.