Peserta himpunan 'kesyukuran' penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diingatkan agar menjaga tutur kata dan tidak memainkan sentimen perkauman ketika perhimpunan itu, 8 Disember depan.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, polis akan mengambil tindakan jika wujud sebarang pelanggaran peraturan dan undang undang oleh peserta perhimpunan itu.

"Jaga tutur kata, kita belum selesai menangani masalah kuil. Rakyat bimbang kalau perhimpunan ICERD tidak mengambil kira kata-kata sentimen perkauman dan keagamaan.

"Saya diberi tahu permohonan mereka telah dikemukakan dan notis. Kita tak boleh sekat atau halang, kita bagi nasihat. Mereka akan tertakluk peraturan dan tidak boleh rosakkan harta atau timbulkan perkara tidak betul," dalam sidang media selepas Mesyuarat Bulanan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

BACA: Perhimpunan ICERD: PDRM, MKN akan mesyuarat esok

BACA: ICERD: Himpunan kesyukuran dijamin tiada unsur perkauman - Zahid

BACA: Perhimpunan ICERD hanya di Jalan Raja - DBKL

Bagaimanapun Muhyiddin menjelaskan, ia tidak bermakna peserta boleh melakukan apa sahaja diluar undang-undang sedia ada.

Mengulas mengenai kesiapsiagaan polis, Muhyiddin berkata pihaknya telah pun bersiap sedia untuk menghadapi perhimpunan itu.