Tutup

Periksa latar belakang pendakwah, hubungan kaum masih rapuh - Mujahid

Periksa latar belakang pendakwah, hubungan kaum masih rapuh - Mujahid
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata langkah itu perlu dilakukan kerana hubungan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia ketika ini agak rapuh. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Latar belakang pendakwah asing perlu diperiksa sebelum mereka dibenarkan berdakwah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata langkah itu perlu dilakukan kerana hubungan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia ketika ini agak rapuh.

Malah, katanya pemeriksaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu penting bagi memelihara keselamatan negara daripada diceroboh dakyah luar yang bertentangan norma masyarakat Malaysia.

“Keutamaan kita ketika ini adalah keselamatan negara. Rakyat Malaysia pelbagai kaum, bangsa dan agama yang agak rapuh. Jadi, apa saja boleh berlaku,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat semalam, bahawa semua pendakwah luar yang datang ke negara ini untuk mengadakan ceramah keagamaan akan diteliti dan diperiksa latar belakang terlebih dulu.

Ahli Parlimen Pagoh itu dilaporkan berkata, KDN turut melakukan proses semakan dengan badan keagamaan berkaitan yang ada dalam negara bagi memastikan kumpulan pendakwah itu bebas daripada fahaman songsang.
Mengulas lanjut, Mujahid berkata, langkah KDN itu konsisten dengan pendiriannya, bahawa mana-mana pendakwah, sama ada Islam atau bukan Islam, perlu diperiksa latar belakangnya kerana berkemungkinan besar membawa fahaman tidak sesuai dengan konteks Malaysia.


Tag: Dewan Rakyat, KDN, Muhyiddin Yassin, Parlimen, keselamatan, dakyah luar, Dr Mujahid Yusof, Kementerian Dalam Negeri



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.