KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tujuh kluster baharu hari ini termasuk melibatkan kluster komuniti, kluster keagamaan dan kluster kumpulan berisiko tinggi.

Berikut perincian kluster baharu seperti dimaklumkan KKM: 

1. KLUSTER TAPAK BINA LEMBAH SELATAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Bandar Baru Lembah Selatan, Dengkil, Sepang.

Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 424 individu telah disaring, di mana 222 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN BAGAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sabak Bernam dan Klang di Selangor.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-239,125) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian di Jalan Bagan Terap, Kampung Batu 38, Sabak Bernam. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 215 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER AMPANG CAMPURAN

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-207,870) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan penghuni dan pekerja sebuah pusat jagaan di Lorong Ikan Jelawat, Kampung Ampang Campuran, Ampang. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER JALAN GANGSA DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Gangsa, Kawasan Miel, Pasir Gudang. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER SERUAS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Beluru dan Miri di Sarawak.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-209,382) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis pengebumian yang berlangsung daripada 25 hingga 27 Januari 2021. 

Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Seruas, Bakong, Beluru. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 59 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER TAMAN SEGAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muallim di Perak.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-222128) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Segar, Tanjung Malim, Muallim.

Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 23 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER LORONG MAWAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hilir Perak di Perak.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171678) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu perhimpunan keagamaan di Teluk Intan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Lorong Mawar, Taman Juta Intan, Teluk Intan.

Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.