Perintah reman terhadap ibu bapa kanak-kanak berusia lima tahun yang disyaki didera dan kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, dilanjutkan tiga hari lagi sehingga Rabu.
Perintah sambungan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Puteri Nor Dina Kamalaudin hari ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan terhadap kes berkenaan.
Lelaki dan wanita berusia 39 dan 30 tahun itu sebelum ini ditahan reman selama tiga hari sejak Sabtu lepas.
Sabtu lepas, media melaporkan pegawai perubatan HRPB membuat laporan polis selepas mengesyaki seorang kanak-kanak perempuan yang dihantar ke hospital itu adalah mangsa dera susulan penemuan kesan luka pada seluruh badannya.
Berikutan itu polis menahan ibu bapa kanak-kanak terbabit yang berasal dari Menglembu.
Akhbar hari ini melaporkan keadaan kanak-kanak itu semakin kritikal dan bergantung kepada mesin bantuan hayat.
Ketua Polis Daerah Ipoj ACP Sum Chang Keong dilapor berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan jika sabit boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda.
Bernama
Mon Aug 19 2013
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Kanak-kanak lelaki lima tahun mati dipercayai akibat didera
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, tengah malam semalam dipercayai akibat didera ayah kandung dan ibu tirinya.
Kanak-kanak 2 tahun meninggal dunia dipercayai didera
Mangsa, Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar meninggal dunia pada tiga setengah petang Isnin semasa mendapat rawatan di sebuah klinik.