Perjalanan operasi haji kendalian Lembaga Tabung Haji (TH) di Tanah Suci sehingga kini berjalan dengan lancar, kata Ketua Rombongan Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman.
Beliau berkata tinjauan ke beberapa kawasan terlibat terutamanya ke maktab penginapan, menunjukkan operasi berjalan lancar dan jemaah haji, memberi maklum balas mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.
"Setakat ini mereka (petugas TH) bersemangat tinggi menghadapi tuntutan (tugas) yang mencabar ini, perhimpunan ini menyuntik semangat sebelum kita melalui satu operasi lagi yang cukup mencabar, iaitu operasi masyair dalam 11 hari.
"Ini menuntut komitmen yang paling tinggi dan mantap selain gerak kerja paling tersusun untuk menghadapi operasi masyair," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan petugas TH di Abraj Janadriyah di sini hari ini.
Musim haji tahun ini menyaksikan 30,200 jemaah haji Malaysia bakal mengerjakan rukun Islam kelima itu yang tinggal di sembilan maktab penginapan di sini dibantu 640 petugas TH.
Sementara itu, beliau berkata petugas TH di Tanah Suci melancarkan program Infaq Sabeel Rahmatan Lil' Al-Amin yang mengumpul sumbangan ikhlas petugas tersebut, bagi memberi sumbangan dalam bentuk makanan kepada jemaah haji negara lain.
"Jemaah haji negara lain ada juga tiada khidmat sajian makanan, kita edarkan makanan waktu malam dua kali iaitu sekali sebelum wukuf sekali selepas wukuf, jumlah telah dikutip hampir 14,000 riyal (RM15,399.31) yang boleh memberi makan kepada sekurang-kurangnya 1,500 jemaah haji," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 30 2019
Musim haji tahun ini menyaksikan 30,200 jemaah haji Malaysia bakal mengerjakan rukun Islam kelima itu. - Gambar hiasan/Mohd Helmi Hisyamuddin
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Umat Islam perlu faham konsep 'berkemampuan' tunai haji - Mohd Na'im
Umat Islam di Malaysia perlu diberikan kefahaman yang tepat mengenai konsep dan pengertian istito'ah atau syarat kemampuan menunaikan haji.
Alif Satar berjodoh dengan Faizal Tahir, tunai haji bersama
Hasrat penyanyi dan pengacara Alif Satar dan penyanyi Faizal Tahir untuk menunaikan ibadah haji bersama akhirnya tercapai apabila mereka kini sama-sama berada di Tanah Suci.
2,000 jemaah haji alami keletihan haba
Perkara itu diumumkan pegawai Arab Saudi, selepas suhu meningkat kepada 48 darjah Celsius sejak dua hari lepas.
Umat Islam di India, Pakistan, Bangladesh, Thailand sambut Aidiladha pada 29 Jun
Aidiladha disambut pada pada 10 Zulhijah, bulan terakhir dalam kalendar Hijrah.
Letih lesu di Tanah Suci, pakar kesihatan senaraikan kenduri sebelum berangkat antara punca
Walaupun kesihatan bakal haji baik sebelum ke Tanah Suci, tetapi keadaan itu mungkin berubah apabila berada di sana.
Ismail Sabri cadang TH kaji semula tempoh tunai haji
Empat pakej tempoh masa menunaikan ibadah haji boleh diperkenalkan iaitu 14, 21, 30 dan 40 hari.
Ukur kemampuan, ambil kira kenaikan kos sebelum tunai haji - Idris
Bakal jemaah dinasihatkan supaya menilai kemampuan sendiri dan mengambil kira kenaikan kos sebelum menunaikan ibadah haji.
Haji: Titik permulaan untuk berubah jadi lebih baik - Idris
Jemaah haji Malaysia disaran mengambil pengalaman ketika mengerjakan Rukun Islam Kelima itu sebagai titik permulaan untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.
Musim terbesar ibadah haji 1443H bermula secara rasmi
Musim ibadah haji tahun 1443 Hijrah telah bermula secara rasmi semalam selepas dua tahun dihentikan akibat penularan COVID-19, menyaksikan ratusan ribu jemaah haji mula melakukan "Tawaf Qudum".