Malaysians Against Pornografi (MAP) perlu memberikan pencerahan mengenai metodologi kajiannya yang mendapati bahawa pada 2018 kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun menonton pornografi secara sengaja.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, cara kajian berkenaan dilaksanakan perlu diperjelaskan secara terperinci.
"Memanglah keputusan itu sesuatu sesuatu yang membimbangkan. Namun dapatan itu perlu dihuraikan dari segi bagaimana kajian itu dilakukan seperti berapa kecil atau berapa besar kajiannya? Bagaimana MAP mendapatkan keputusan begitu. Keputusan seperti itu, bagaimana MAP dapat?" katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai laporan media semalam bahawa kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia 10 hingga 17 tahun menonton pornografi secara sengaja.
BACA: Kira-kira 80 peratus kanak-kanak 10 hingga 17 tahun telah lihat pornografi - MAP
Beliau ditemui selepas merasmikan Seminar Sukarelawan Hospital Kebangsaan di Fakulti Perubatan dan Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.
Tambah Dr Wan Azizah, beliau turut bertanya kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan sumber lain mengenai keputusan kajian MAP.
Jelas beliau, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberi perhatian serius kepada isu kanak- kanak yang terdedah kepada pornogafi di alam siber.
Kata Timbalan Perdana Menteri, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia kelima pada tahun 2014 menunjukkan 35.3 peratus individu berusia 13 hingga 24 tahun terdedah pornografi dan daripada jumlah itu 60.8 peratus memperolehnya daripada Internet, 45 peratus melalui telefon pintar dan 20 peratus melalui cakera padat atau cakera padat digital lucah. Kajian berkenaan dilakukan oleh LPPKN setiap 10 tahun.
KPWKM menerusi LPPKN sentiasa memberi pendidikan kepada ibu bapa mengenai keselamatan kanak-kanak di alam siber melalui Program Keselamatan Anak dan Keluarga (Peka) di mana ibu bapa diberi pengetahuan mengenai cara-cara membantu anak-anak berhadapan dengan buli siber, sexting dan online grooming.
"Sehingga 2018, sebanyak 184 program Peka dilaksanakan melibatkan 5,520 peserta dari seluruh Malaysia. Satu lagi program ialah Pekerti yang memberi pendedahan kepada kanak-kanak dan remaja berkaitan isu seksualiti di mana sebanyak 779,000 peserta terlibat dalam program ini sehingga akhir tahun 2018.
"Selain itu terdapat kempen Keluarga Bijak Siber yang bertujuan memastikan masa berkualiti bersama keluarga serta penetapan masa yang sesuai untuk menggunakan gajet serta kempen Sekeluarga Tolak Pornografi (Stop) yang merupakan inisiatif pertubuhan bukan kerajaan," tambah Dr Wan Azizah.
Bernama
Sun Mar 24 2019
MAP perlu beri pencerahan mengenai metodologi kajiannya. -Gambar hiasan
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Telegram sasar capai 1 bilion pengguna aktif bulanan tahun ini
Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 18 April 2024
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 0.05 mata kepada 1,535.05, bergerak antara paras 1,532.95 dan 1,541.88 sepanjang sesi dagangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi ringgit setakat 18 April 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat sedikit hari ini, seiring penurunan kecil Indeks Dolar AS (DXY) sebanyak 0.10 peratus kepada 106.153 mata.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Perluas 'community farming' bantu kanak-kanak kurang nutrisi - Dr Wan Azizah
Ia bagi membantu mengatasi masalah kurang nutrisi dalam kalangan kanak-kanak yang tinggal di kawasan bandar.
Tingkatkan pemantauan kanak-kanak terhadap bahaya alam siber - Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah berkata pada zaman siber kini, kanak-kanak akan sentiasa terdedah kepada bahaya alam siber walaupun mereka tidak keluar dari rumah atau keluar malam.
'Ratu Naga' beri keterangan di Bukit Aman
Syarul Ema Rena memberi keterangan berkaitan hantaran menerusi laman Instagram dan TikTok itu di Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Kasih Malaysia hulur sumbangan kepada Pusat Jagaan Titian OKU Nur
Kasih Malaysia turut menyumbang barangan keperluan seperti bakul makanan, lampin, cadar dan berus gigi kepada penghuni pusat jagaan tersebut.
5,000 bayi dilahir di Malaysia setiap tahun hidap masalah jantung
Penyakit jantung merupakan salah satu penyebab kematian di Malaysia dan dianggarkan setiap tahun 5,000 bayi yang dilahirkan mempunyai masalah jantung berlubang dan kongenital di negara ini.
Perdana Menteri dijangka hadir tayangan 'Anwar, The Untold Story'
Anwar akan menonton filem tersebut bersama 258 tetamu VIP yang terdiri daripada penggiat industri hiburan, tokoh politik dan selebriti.
Hati-hati, utamakan keselamatan ketika pulang ke kampung - Dr Wan Azizah
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihati orang ramai yang akan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri supaya berhati-hati dan mengutamakan keselamatan.
PM Anwar, isteri selesai mengerjakan umrah
Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja tiga hari di negara itu atas undangan kerajaan Arab Saudi.
"Saya kagum dengan semangat perjuangan papa dan mama selama 22 tahun" - Nurul Ilham Anwar
Nurul Ilham berkongsi perasaan bergelar anak Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah.
Anwar tiba di Singapura untuk lawatan rasmi
Anwar diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk lawatan rasmi ketiganya ke luar negara sejak dilantik sebagai perdana menteri.