Cadangan Hindraf 2.0 untuk membuka peluang kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada semua kaum, terutama sekali kaum India yang berpendapatan rendah menjadi perdebatan hebat.

Umum menyedari, UiTM merupakan institusi pendidikan yang diletakkan dibawah Perkara 153 Perlembagaan Malaysia, iaitu satu polisi yang melindungi hak dan kepentingan kaum Bumiputera dalam negara.

Perkara 153 untuk semua kaum, bukan Melayu sahaja

Akan tetapi, Pensyarah Undang-Undang dan Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, Perkara 153 tidak boleh dilihat sebagai satu kekebalan kepada kaum Melayu semata-mata.

Dasar itu sebenarnya turut melindungi hak anak-anak negeri Sabah dan Sarawak serta menjaga kepentingan sah kaum-kaum lain bagi mengelak jurang yang besar antara kaum Melayu dan bukan Melayu.

Tambah beliau, dasar itu mampu membentuk kesamarataan dan seterusnya mengukuhkan perpaduan antara kaum.

 Permohonan Hindraf 2.0 untuk membuka peluang Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada semua kaum terutama sekali kaum India yang berpendapatan rendah menjadi perdebatan yang hebat.   Hal ini demikian, UiTM merupakan institusi pendidikan yang diletakkan dibawah Perlembagaan Malaysia, Perkara 153, iaitu satu polisi yang melindungi hak dan kepentingan kaum Bumiputera dalam negara.  Latar Belakang Sejarah  Menurut Pakar Sejarah yang ulung dari Universiti Malaya (UM), Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, Perkara 153 merupakan dasar yang telah ditetapkan oleh British sejak tahun 1913.   “British ingin khaskan sesetengah kawasan di Semenanjung Tanah Melayu sebagai kawasan yang hanya boleh dimililiki orang Melayu.   “Kerana pada waktu itu, British bimbang Tanah Melayu akan dibeli orang asing,” kata beliau ketika dihubungi Astro AWANI, semalam.   Tambahnya, apabila pembentukan Perlembagaan Perseketuan 1957, masyarakat Melayu mahu dasar itu dikekalkan dan kedudukan orang Melayu diberi keistimewaan menerusi Perkara 153.   Disamping itu, Pensyarah Undang-Undang dan Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz menjelaskan, semasa pembentukan perjanjian Perseketuan Tanah Melayu 1948, dasar keistimewaan orang Melayu sudahpun wujud.   “Perkara 153 berasal daripada Perjanjian Perseketuan Tanah Melayu 1948, didalam Perkara 19 (B) iaitu menjaga keselamatan keadaan kaum Melayu, hak-hak istimewa kaum Melayu serta faedah-faedah sah bagi kaum bukan Melayu.   “Daripada segi sejarah juga, orang Melayu dilihat mempunyai pelbagai kelemahan dan kekangan semasa pemerintahan British,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.  Perkara 153 untuk semua kaum, bukan Melayu sahaja  Realitinya, Perkara 153 tidak boleh dilihat sebagai satu kekebalan oleh kaum Melayu kerana ia turut memperuntukkan perlindungan kepada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak serta menjaga kepentingan sah kaum-kaum lain.   Perkara ini telah dijelaskan Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz yang turut berkata, Perkara 153 dibentuk bagi mengelak jurang yang besar antara kaum Melayu dan bukan Melayu.   “Polisi itu memang mempunyai kepentingan dalam melindungi hak-hak kaum Melayu tetapi ia bukannya menunjukkan kekebalan kaum Melayu,” tambahnya.   Ujar beliau, kefahaman polisi itu yang hanya melindungi kepentingan kaum Melayu adalah tidak tepat kerana ia turut memelihara kepentingan kaum bukan Melayu.  “Orang bukan Melayu tidak perlu bimbang dengan Perkara 153 tetapi baca dan teliti semula sejarah pembentukannya.  “Tujuan perkara ini dibentuk adalah untuk mengukuhkan perpaduan, bukannya perpecahan. Perkara ini memberikan hak kepada tiga kumpulan utama dalam negara itu kaum Melayu, anak-anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan-kepentingan sah komuiti lain,” jelas beliau.   Apakah kepentingan-kepentingan sah komuniti lain?   Tambah pakar undang-undang itu, satu memorandum telah diutarakan oleh Majlis Raja-Raja Melayu melalui peguamnya dan dibicarakan didalam mahkamah dengan Suruhanjaya Reid.    Didalam perbicaraan itu, Majlis Raja-Raja turut memperuntukkan kedudukan istimewa kaum Melayu dan kepentingan-kepentingan sah komuniti lain.   Kepentingan sah untuk komuniti lain membawa maksud kewarganegaraan, perwakilan didalam Dewan Negara, exco-exco Kerajaan Negeri serta hak-hak sivil yang lain untuk kaum bukan Bumiputera.   “Kita kena sedar kenapa Perkara 153 ini perlu terus dipelihara. Hal ini demikian, perkara ini turut melindungi hak-hak komuniti lain, bukan mengenai perizaban kaum Melayu sahaja,” kata beliau lagi.   Bagi meminda Perkara 153 ini, ia juga mempunyai proses yang khas kerana perlu mendapat ⅔ majoriti di Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.   Beliau turut menegaskan, perkara ini menjadi faktor utama perpaduan dalam negara malah membawa Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada 1957 dan pembetukan Malaysia pada 1963.  Ketika ditanya mengenai adakah perlu UiTM dibuka untuk kaum bukan Bumiputera, ini jawapan beliau.  “Komuniti-komuniti lain juga mempunyai kepentingan sah dalam mendapatkan hak pendidikan tetapi orang Melayu mempunyai hak istimewa menerusi perkara ini,” jelas beliau.  Menurutnya lagi, jika kaum India atau kaum-kaum lain yang ketinggalan dalam aspek pendidikan atau ekonomi, kerajaan perlu memberikan perhatian kerana hak mereka juga termaktub didalam Perkara 153.

“Orang bukan Melayu tidak perlu bimbang dengan Perkara 153 tetapi baca dan teliti semula sejarah pembentukannya.

“Tujuan perkara ini dibentuk adalah untuk mengukuhkan perpaduan, bukannya perpecahan kaum,” jelas beliau ketika ditemubual Astro AWANI.

Ujar beliau, sistem kuota yang diberikan kepada masyarakat Melayu dalam pendidikan, biasiswa, dan penjawatan awam adalah berikutan majoriti kaum Melayu tidak mampu tidak mampu bersaing dengan kaum lain.

Kepentingan-kepentingan sah komuniti lain

Jelas Dr. Shamrahayu, kepentingan sah untuk komuniti lain ialah kewarganegaraan, perwakilan di Dewan Negara, exco-exco Kerajaan Negeri serta hak-hak sivil yang lain untuk kaum bukan Bumiputera.

“Kita kena sedar kenapa Perkara 153 ini perlu terus dipelihara. Hal ini demikian, perkara ini turut melindungi hak-hak komuniti lain, bukan mengenai perizaban kaum Melayu sahaja,” kata beliau lagi.

Beliau turut menegaskan, perkara ini menjadi faktor utama perpaduan dalam negara malah membawa Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada 1957 dan pembetukan Malaysia pada 1963.

Ketika ditanya mengenai adakah UiTM perlu dibuka untuk kaum bukan Bumiputera, ini jawapan beliau.

“Komuniti-komuniti lain mempunyai kepentingan sah dalam mendapatkan hak pendidikan tetapi orang Melayu mempunyai hak istimewa dalam pendidikan menerusi perkara ini,” jelas beliau.

Menurutnya lagi, jika kaum India atau kaum-kaum lain yang ketinggalan dalam aspek pendidikan atau ekonomi, kerajaan perlu memberikan perhatian kerana hak mereka juga termaktub didalam Perkara 153.

BACA: Persatuan Alumni UiTM bantah tuntutan Hindraf 2.0

BACA: UiTM untuk semua kaum? Ini jawapan Anwar Ibrahim

BACA: PEMANIS bantah tuntutan HINDRAF 2.0

Berbalik tentang isu tuntutan agar UiTM dibuka kepada semua kaum, Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), P Waythamoorthy tampil membuat penjelasan bahawa tuntutan kepada kerajaan Pakatan Harapan itu tiada kena-mengena dengan pihaknya.

Waythamoorthy menerusi sebuah laporan media mendakwa kumpulan Hindraf 2.0 yang membuat tuntutan tersebut adalah berbeza dengan Hindraf, malah dikatakan sebuah organisasi yang 'palsu'.