Pertubuhan Pribumi Perkasa mencadangkan kepada kerajaan agar mewujudkan Akta Anti Islam Dan Raja-Raja Melayu atau AMIRA.

Menurut Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, ia bagi mengantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan sebelum ini.

Lebih penting katanya lagi, Ia dapat memastikan keselamatan negara terjamin daripada individu atau pihak yang cuba mencemar keamanan negara.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Agung Tahunan Perkasa ke 9 di sini, hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL