Kerajaan dicadang memperkenalkan satu subjek khusus untuk mengenali agama lain selain Islam, di peringkat sekolah dan universiti, bagi meningkatkan pemahaman dan keharmonian antara penganut pelbagai agama di negara ini.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha berkata subjek pendidikan agama Islam yang diajar di sekolah pada masa kini adalah baik, namun ia hanya memberi fokus kepada satu agama tanpa memahami agama lain.
Katanya, cadangan tersebut tidak bermaksud negara bakal mengamalkan kesamarataan agama, tetapi lebih kepada memupuk perpaduan dan memahami sensitiviti agama lain.
"Kita lihat idea ini dapat meningkatkan perpaduan antara masyarakat, terutamanya ketika mereka masih di bangku sekolah atau di universiti.
"Jika tidak melalui pengenalan subjek baharu, mungkin subjek kenali agama lain ini boleh dimasukkan dalam sukatan pelajaran sedia ada," katanya ketika ditemui Bernama selepas menghadiri bengkel perbincangan meja bulat belia mengenai hal ehwal antara penganut agama di sini, pada Sabtu.
Bengkel sehari anjuran bersama MBM, Angkatan Belia Islam Malaysia dan Jabatan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri itu, mengumpulkan wakil persatuan belia pelbagai agama dalam negara bagi membincangkan persepsi dan cadangan golongan belia berkaitan agama, perpaduan dan integrasi nasional.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri, Mimi Aldrina O.P Andu berkata bengkel itu bertujuan memahami persepsi golongan belia terutamanya mengenai agama lain di negara ini.
Katanya perkara itu penting terutamanya dalam situasi sekarang, di mana nilai-nilai murni dan sikap saling menghormati masyarakat Timur kini kian terhakis, oleh pelbagai idea baharu yang mempengaruhi golongan muda.
"Idea-idea asing dan ideologi extremisme ini sudah banyak mempengaruhi masyarakat pada hari ini. Bengkel hari ini diharap dapat membuka minda wakil belia, untuk lebih memahami agama kerana mereka adalah harapan masa hadapan negara," katanya. -- Bernama
Bernama
Sat May 18 2019
Menurut Jufitri, walaupun pendidikan agama Islam yang diajar di sekolah pada masa kini adalah baik, namun ia hanya memberi fokus kepada satu agama tanpa memahami agama lain. - BERNAMA/Fail
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama - TPM Zahid
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama.
Tujuh kertas siasatan dibuka di bawah unit 'task force' 3R PDRM
Tujuh kertas siasatan telah dibuka melibatkan kes 3R atau kes penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja bagi tempoh bermula 27 Mac 2023 sehingga 6 April 2023.
Hargai kepelbagaian budaya, agama di Malaysia asas kemakmuran - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia sangat istimewa dengan rakyatnya hidup aman harmoni dalam kepelbagaian budaya dan perbezaan agama.
Kes pendakwah terkenal: Jangan buat spekulasi - Idris
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegaskan, tindakan itu boleh memberi mesej buruk terhadap nilai agama.
Hina Islam: Menteri bagi peringatan, jangan main bab agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap agama Islam.