Hospital swasta di negara ini mempunyai peranan sebagai pemangkin kepada usaha perpaduan nasional, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, perkara ini dapat dilihat melalui kepelbagaian kaum warga kerja hospital serta pesakit-pesakit yang menerima rawatan.
"Selain dalam memberi sokongan kepada bidang kesihatan, what you are doing, you are promoting and strengthening national unity (apa yang anda lakukan, ialah memupuk dan memperkukuh perpaduan nasional) ," katanya semasa melawat Hospital Tung Shin (TSH) dan Chinese Maternity Hospital (CMH) di sini, hari ini.
Najib merupakan perdana menteri yang pertama melawat THS sejak ia ditubuhkan.
Beliau berkata kewujudan hospital swasta seperti TSH juga telah banyak membantu kerajaan dalam mengurangkan beban kewangan yang diperuntukkan untuk sektor kesihatan.
Katanya, tahun ini sahaja, kerajaan telah membelanjakan RM24 bilion untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan awam kepada rakyat, berbanding hanya RM600 juta yang telah dikutip.
"Bila ada pihak yang mempunyai sikap tanggungjawab sosial yang tinggi seperti TSH dan CMH, maka sudah tentu ia akan membantu meringankan beban kewangan kerajaan," katanya.
Najib berkata beliau juga difahamkan bahawa kedua-dua hospital itu turut memberi subsidi perkhidmatan rawatan perubatan yang tinggi kepada pesakitnya manakala pesakit yang tidak berkemampuan juga dikecualikan bayaran.
"Peranan TSH dan CMH secara langsung telah membantu kerajaan. Ini yang kita nak.
"Dalam bidang kesihatan, bila kita memberi sumbangan, that is also an act of unity sebab we are promoting national unity (itu juga usaha perpaduan sebab kita memupuk perpaduan nasional)," kata.
Semasa lawatan itu, Perdana Menteri juga mengumumkan sumbangan kerajaan Persekutuan sebanyak RM3 juta untuk pembinaan Pusat Rawatan Jantung di Hospital Tung Shin.
Sumbangan itu sekaligus membantu TSH mencapai kutipan kos yang dianggarkan bernilai RM10 juta untuk pembinaan pusat tersebut.
TSH yang ditubuhkan pada 1881 manakala CMH pada 1913, merupakan hospital yang tidak bermatlamat keuntungan.
Menurut Presiden TSH dan Pengarah CMH Tan Sri Khoo Chai Kaa, rawatan perubatan bersubsidi diberikan oleh hospital itu pada 2016 berjumlah RM2.15 juta.
Hospital itu merawat 11,000 pesakit dalam, dan 113,000 pesakit luar pada tahun berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melihat cara rawatan yang diperkenalkan Hospital Tung Shin ketika mengadakan lawatan ke hospital tersebut hari ini. --fotoBERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Laporan interim berhubung insiden helikopter TLDM yang terhempas dan mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya akan siap dalam tempoh 2 minggu.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
Belum ada keperluan KKM gunakan fasiliti hospital swasta rawat pesakit COVID-19 - APHM
Ketika ini belum ada keperluan bagi Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menggunakan fasiliti hospital swasta untuk merawat pesakit COVID-19.
KKM akan terima pakai pendekatan pajakan mulai tahun depan
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menerima pakai pendekatan pajakan bagi peranti perubatan, aset perubatan dan ambulans mulai tahun depan.
Perak kini di landasan tepat muncul hab pelancongan kesihatan - MB
Ia berikutan pertambahan jumlah hospital swasta yang menawarkan kepakaran dalam beberapa bidang khusus.
Presiden Argentina dirawat di hospital swasta
Presiden Argentina Alberto Fernandez dibawa ke hospital swasta di tengah Buenos Aires selepas mengalami sakit pinggang yang teruk.
Hospital swasta dengan pelaburan RM860 juta bakal dibina
KLIH yang dijangka memulakan operasinya pada suku pertama 2026, bakal mewujudkan lebih 3,000 peluang pekerjaan.
500 pesakit kanser bakal terima rawatan percuma di hospital swasta - Khairy
Tiga buah hospital swasta yang terlibat ialah Hospital Pantai, Hospital Gleneagle dan Pusat Perubatan Prince Court.
Pesakit COVID-19 di hospital swasta semakin berkurangan - APHM
Datuk Dr Kuljit Singh berkata, jumlah itu mulai berkurang sejak dua minggu lepas, terutamanya di Lembah Klang.
Kepimpinan Menteri Kesihatan baharu perlu efektif - Pakar Kesihatan Awam
Hala tuju institusi kesihatan negara ini perlu dibangunkan secara strategik pada kadar segera dengan pelantikan Menteri Kesihatan baharu yang mempunyai kepimpinan efektif.
COVID-19: Penyewaan 100 ambulans untuk tempoh hingga setahun
Ia usaha KKM bagi menampung kekurangan ambulans di Lembah Klang selain memuktamadkan perolehan menerusi tender terbuka sejumlah 490 buah ambulans.
COVID-19: Kapasiti katil hospital di kawasan GKV ditingkatkan
Langkah berkenaan dibuat berikutan situasi terkini penularan wabak itu di GKV merangkumi kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.