Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi Selasa ini (30 Ogos) sempena sambutan ambang Hari Kebangsaan.

Perkhidmatan tren itu bagaimanapun hanya untuk laluan KL Sentral ke Rawang, Putra ke Sg Gadut dan Putra ke Pelabuhan Klang, menurut kenyataan KTM pada Jumaat.

Lima buah stesen yang dilanjutkan waktu operasinya adalah Stesen Putra, Bank Negara, Kuala Lumpur, KL Sentral dan Bandar Tasik Selatan.

Lanjutan perkhidmatan itu khusus bagi memberi kemudahan pengangkutan kepada orang ramai meraikan sambutan Ambang Merdeka yang dianjurkan di sekitar Kuala Lumpur, menurut kenyataan itu.