Pengarah Eksekutif ASEAN Rohingya Center (ARC) Dr Helmi Ibrahim mahukan had tertentu diletakkan dalam situasi Malaysia membantu etnik Rohingya.
Menurut Helmi, Myanmar disifatkan mengambil kesempatan dengan kesediaan negara jiran membantu etnik berkenaan, hingga mereka memilih untuk berdiam diri.
“Isu Rohingya ini telah menjadi beban kepada kita (Malaysia) dan kita telah berdepan perkara ini sejak 30 tahun lalu.
“Ia juga telah menyebabkan kita (Malaysia) terpaksa berdepan dengan masyarakat Rohingya. Kita faham mereka tiada negara dan atas dasar berperikemanusiaan kita terima merka.
“Tetapi persoalannya pada waktu ini, isu ini perlu ada titik penghujung agar Myanmar tidak terus berdiam diri,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini pada Jumaat.
Helmi turut berpendapat, di pihak Malaysia persoalan bagaimana cara mengembalikan hak-hak Rohingya perlu diperhalusi.
Beliau mengulas pandangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Rohingya terus menjadi beban kepada ASEAN.
“Baru-baru ini, ASEAN ada mengemukakan hasrat untuk mengambil tindakan dengan menghantar semula pelarian Rohingya dari negara ASEAN kembali ke Myanmar. Pada pandangan saya, perkara ini perlu diperhalusi lagi terutamanya cara-cara bagaimana untuk mengembalikan hak asasi mereka,” tegasnya.
BACA: Krisis Rohingya: Malaysia terpaksa campur tangan - Tun Mahathir
Terdahulu, Dr Mahathir berkata, walaupun Malaysia kekal dengan pendirian untuk tidak campur tangan dalam isu dalaman negara-negara lain, namun isu Rohingya kini terpalit kepada Malaysia.
Nursyazwani Saiful Sham
Fri Oct 26 2018
'Isu Rohingya ini telah menjadi beban kepada kita (Malaysia) dan kita telah berdepan perkara ini sejak 30 tahun lalu.' - Gambar fail
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Skuad Bunga Raya mula persediaan awal hadapi ARC 2024
Skuad ragbi kebangsaan telah memulakan persediaan lebih awal pada kali ini.
ARC dijangka berlangsung pada bulan Mei
Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 15 Sebelah, dijangka berlangsung pada bulan Mei 2022, setelah ditunda hampir lima kali pada tahun lepas.
Perlu ada had tertentu bantu etnik Rohingya
Pengarah Eksekutif ASEAN Rohingya Center (ARC), Dr Helmi Ibrahim mahu ada had tertentu diletakkan dalam situasi Malaysia membantu etnik Rohingya.
Malaysia benam Filipina 40-8 pada Kejohanan Ragbi Asia
Kemenangan itu menyaksikan Malaysia kukuh di tangga pertama Divisyen Satu dengan mengutip 10 mata.
ARC: Malaysia mulakan kempen pertahan kejuaraan kalahkan UAE
Malaysia memulakan kempen mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Ragbi Asia (ARC) Divisyen 1 2017 dengan menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Majlis Muafakat Rohingya ditubuh bantu sekat penularan pengaruh ekstremis
Pusat Rohingya ASEAN (ARC) hari ini menubuhkan Majlis Muafakat Rohingya sebagai badan yang bertanggungjawab menyekat penularan fahaman ekstremis dalam kalangan masyarakat Rohingya di negara ini.