PUTRAJAYA:Kerajaan menjangkakan impak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini terhadap ekonomi negara masih terkawal dengan pertumbuhan terus disokong oleh sektor eksport yang memberangsangkan dan pemulihan perdagangan dunia.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia adalah berikutan lebih banyak aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi ketika pelaksanaan PKP kali ini.
"Kerajaan tidak menjangkakan impak yang sama seperti suku kedua 2020 akan dialami dengan pelaksanaan PKP pada kali ini memandangkan lebih banyak aktiviti ekonomi dibenarkan untuk beroperasi.
"Oleh itu, impak PKP semasa ke atas ekonomi masih terkawal," katanya ketika pengumuman khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) di sini, pada Isnin.
Muhyiddin berkata, sebelum ini, kesan pelaksanaan PKP ke atas pertumbuhan ekonomi, di mana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku tahun kedua 2020 mencatat kemerosotan yang sangat ketara dan kadar pengangguran juga telah meningkat.
"Alhamdulillah, dengan pelaksanaan pakej-pakej rangsangan ekonomi, kita berjaya mencapai kadar penguncupan KDNK yang lebih kecil, iaitu daripada 17.1 kepada 2.7 peratus dan penurunan kadar pengangguran daripada 5.1 kepada 4.7 peratus, daripada suku kedua kepada suku ketiga 2020," jelasnya.
Menurut Muhyiddin, sejak bermulanya penularan pandemik COVID-19 pada awal tahun lepas, kerajaan telah melaksanakan empat pakej rangsangan ekonomi bernilai RM305 bilion atau lebih 20 peratus daripada KDNK bagi membantu rakyat serta perniagaan selain turut melindungi ekonomi negara.
Katanya, pakej-pakej rangsangan ekonomi ini juga telah melibatkan suntikan fiskal kerajaan sebanyak RM55 bilion.
Muhyiddin juga optimis bahawa pakej rangsangan ekonomi, Belanjawan 2021 dan pakej bantuan PERMAI juga akan terus merancakkan penggunaan.
Ini turut didorong oleh projek serta program berimpak tinggi yang mempunyai kesan pengganda besar akan terus memacu momentum pemulihan ekonomi, kata beliau.
Tambahnya, kerajaan juga sedar bahawa pelaksanaan PKP dan disusuli dengan Proklamasi Darurat yang berkuat kuasa mulai 11 Januari sehingga 1 Ogos 2021, mungkin menimbulkan sedikit kegusaran dalam kalangan masyarakat serta komuniti perniagaan.
"Ingin saya tegaskan sekali lagi, bahawa pengisytiharan darurat ini semata-mata bertujuan mengekang penularan wabak COVID-19 yang kini menjadi ancaman terbesar terhadap pembangunan sosioekonomi negara," katanya.
Beliau turut memaklumkan, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan impak daripada langkah tersebut ke atas persekitaran ekonomi negara adalah terkawal.
"Malah, kita telah melihat sejak 11 Januari 2021, pasaran modal seperti Bursa Malaysia dan pasaran bon kekal stabil dan teratur.
"Bagi membiayai pakej bantuan PERMAI, kerajaan akan membuat penjajaran semula peruntukan sedia ada berdasarkan keutamaan semasa dan melalui perbelanjaan yang lebih berhemat," kata beliau.
Pada masa sama, beliau juga menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan segala program yang diumumkan akan dilaksanakan dengan cepat dan lancar.
Astro Awani
Mon Jan 18 2021
Muhyiddin memaklumkan, Kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan impak daripada langkah tersebut ke atas persekitaran ekonomi negara adalah terkawal. - Gambar fail/ BERNAMA
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Lapan pakej rangsangan manfaatkan lebih 20 juta rakyat, 2.4 juta perniagaan - PM
Kesemua pakej rangsangan itu bernilai RM530 bilion dengan tujuan memastikan kehidupan dan kebajikan rakyat sentiasa terbela.
Bakul Prihatin Negara: 4,027 permohonan diterima sejak dibuka semalam - Rina
Sebanyak 4,027 permohonan telah diterima sejak permohonan bantuan Bakul Prihatin Negara dibuka semalam, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
COVID-19: Lebih RM173.4 juta peruntukan bakul makanan setakat Julai - PM
Inisiatif yang sedang digerakkan itu dijangka memanfaatkan lebih 9.26 juta penerima dengan keseluruhan jumlah bakul makanan dianggarkan sebanyak 2.3 juta.
GKP Tambahan: Kemas kini akaun bank jika status 'Gagal Kredit'
Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang masih belum menerima bayaran GKP Tambahan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) disaran menyemak status pembayaran.
Muhyiddin umum pakej 'PEMERKASA' untuk rakyat, industri petang ini
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan satu lagi pakej stimulus khusus untuk membantu individu dan syarikat pada petang ini.
Perkeso agih lebih RM14.1 bilion bantuan COVID-19 untuk 2.7 juta pekerja
Perkeso kini meneruskan usahanya dengan lima inisiatif di bawah Belanjawan 2021 dan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).
Setahun berdepan cabaran, enam fokus utama Kementerian Kewangan pulihkan ekonomi
Menurut Bank Dunia, KDNK Malaysia dijangka meningkat pada kadar 5.6 peratus hingga 6.7 peratus pada 2021.
Kepimpinan Muhyiddin bantu rakyat berhadapan cabaran COVID-19
Pelbagai inisiatif yang diperkenalkan Pengerusi Perikatan Nasional itu untuk membantu rakyat ternyata dapat dirasai.
2.54 juta rakyat terima bayaran fasa pertama BPR bermula hari ini - Tengku Zafrul
Seramai 2.54 juta penerima akan menerima bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berjumlah RM1.93 bilion bermula hari ini.
PERMAI: 20,000 pemandu teksi, kereta sewa terima bantuan RM500 bermula hari ini - Tengku Zafrul
20,000 pemandu teksi dan kereta sewa menerima bayaran pertama Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) sebanyak RM500 bermula hari ini.