“WHERE Is Najib?’ (Di mana Najib?) mungkin kedengaran seperti tajuk berita mengenai bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tetapi sebenarnya ia merupakan permainan video telefon pintar yang dicipta oleh sebuah syarikat Singapura Glassfire Games, yang kini boleh didapati di App Store dan juga boleh didapati di Google Play Store pada suku keempat 2018.

Permainan mudah alih percuma ini menampilkan mantan perdana menteri Malaysia dalam lensa sindiran untuk melihat dakwaan yang mengelilingi Najib.

Skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pemberian derma ke dalam akaun beliau dan pelbagai dakwaan ke atas Najib menjadi inspirasi kepada syarikat itu untuk menghasilkan permainan tersebut.

Menerusi laporan Digital News Asia, Samantha De Silva dari Glassfire Games, berkata, mereka membuat permainan berdasarkan senario Malaysia.

"Saya bukan sekadar menjadikan permainan ini sebagai satu hiburan tetapi mahu menceritakan seluruh perkara yang berlaku," katanya.