Permit 'myPASS' bagi memasuki Malaysia menerusi jalan darat dan udara kini tidak lagi diperlukan bermula hari ini, menurut pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

Ia terpakai bagi rakyat Malaysia dan juga warga asing (dengan kebenaran), menurut suruhanjaya itu dalam kemas kini catatan terbaharu Facebooknya.

Sebelum ini, pengumuman telah dibuat bagi memaklumkan bahawa mulai 27 April, mereka perlu mendapatkan permit masuk daripada suruhanjaya itu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh memasuki Malaysia.
BACA: myPASS cepatkan proses permohonan permit kemasukan dari Singapura ke Malaysia


-- BERNAMA