Perlumbaan kereta pecut yang berlangsung di tapak lapangan terbang lama Miri di Lutong, dekat sini berakhir tragedi apabila seorang daripada peserta maut dalam perlumbaan itu pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Junaidi Bujang berkata Wong Teck King, 37, maut serta-merta akibat tercampak keluar dari kereta yang dipandunya semasa perlumbaan yang berlangsung pada 1.40 tengah hari Ahad.

"Kereta dipandu mangsa hilang kawalan selepas melalui garisan penamat sebelum terbabas di kawasan kebun berdekatan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Junaidi berkata, mangsa dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Miri dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius pada organ dalaman "Semasa kejadian, cuaca baik dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987." katanya.