Pertembungan air pasang, ditambah dengan taburan hujan luar biasa sehingga ada kawasan yang menerima taburan hujan menyamai hujan selama lima bulan adalah antara faktor yang menyumbang kepada banjir di negeri ini, sejak Sabtu lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri Jimmy Puah Wee Tse berkata berdasarkan analisis data yang diperolehi dari agensi-agensi berkaitan, apa yang berlaku pada Sabtu dan Ahad menyaksikan sebahagian besar kawasan di Johor menerima jumlah hujan di luar jangkaan dan terlalu tinggi.
"Saya berikan satu contoh, di kawasan Empangan Labong, Mersing. Dalam tiga hari sahaja, jumlah turun hujan adalah sebanyak 779 milimeter (mm), iaitu bersamaan jumlah hujan lima bulan di Mersing, tetapi turun dalam masa tiga hari sahaja.
"(Dan) kita juga ambil faktor air pasang. Kebetulan, hari Sabtu, Ahad dan Isnin lepas terdapat air pasang.. itulah kenapa bila hujan turun dengan banyak pada hari Sabtu dan Ahad, itu juga mengakibatkan faktor utama mengapa banjir di Kota Tinggi dan Mersing," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah pam Sungai Kemang, di sini, pada Selasa.
Puah berkata pihaknya turut menjangkakan gelombang banjir seterusnya berikutan jangkaan air pasang pada 25, 26 dan 27 Dis, yang berkemungkinan lebih tinggi parasnya dari yang lepas.
"(Dan) kalau ada hujan ketika itu, mungkin ada gelombang (banjir) seterusnya lagi... saya ada dengar pada Hari Krismas mungkin ada hujan yang lebat. (Bagaimanapun), kita nak meyakinkan kepada rakyat bahawa kerajaan negeri melalui agensi-agensi berkaitan sudah buat persediaan terbaik untuk memastikan kalau ada banjir lagi... kita akan bersedia," kata Puah.
Sementara itu, kerajaan negeri bakal melaksanakan rancangan tebatan banjir di Sungai Pemandi, dekat sini, yang dijangka bermula akhir tahun hadapan dan siap dalam masa empat tahun.
Projek itu bakal mengurangkan banjir di kawasan Taman Aman, Taman Mawai dan kawasan sekitar, antara kawasan yang terjejas teruk banjir kali ini.
Ia bakal melibatkan pembinaan rumah pam, ban sungai dan jambatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 17 2019
Kawasan perumahan di Kota Tinggi yang ditenggelami air ini jelas kelihatan menerusi tinjauan udara. - Bernama
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
Empat kanak-kanak mati lemas ketika memancing
Empat kanak-kanak maut dalam sebuah kejadian air pasang yang berlaku di sebuah pantai di Quebec pada Sabtu.
Banjir dan air pasang, penduduk Batu Pahat diminta berjaga-jaga
Penduduk di daerah ini diminta berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan susulan banjir yang masih belum reda dan fenomena air pasang yang dijangka berlaku sehingga Ahad ini.
Air pasang luar biasa di Tanjung Aru, 11 rumah terjejas, 2 roboh dilanda ombak
Susulan itu, polis mengarahkan kesemua penduduk yang terkesan agar mengosongkan kediaman dan berpindah ke tempat selamat.
Banjir: Mangsa di Bagan Datuk berdepan fenomena air pasang besar pula
Selepas menghadapi banjir termenung atau banjir genang, mangsa di Daerah Bagan Datuk kini berdepan pula dengan fenomena air pasang besar.
Banjir Langkawi: 1 PPS dibuka malam ini tempatkan 37 mangsa
Seramai 37 mangsa banjir di langkawi ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Syifa, di Padang Mat Sirat di sini, malam ini.
APM nafi empangan Sungai Sembrong dibuka susulan banjir kilat
Angkatan Pertahanan Awam (APM) menafikan pintu Empangan Sungai Sembrong di Batu Pahat dibuka susulan banjir kilat berlaku di Sri Gading seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.
Fenomena air pasang Kuala Kedah: Penduduk diingatkan supaya tidak ambil ringan
Paras air laut meningkat setinggi 2.9 meter mengakibatkan air melimpah dan memenuhi jalan raya dan premis perniagaan.
MB minta rakyat Johor terutama di pesisir pantai waspada susulan amaran air pasang besar
Rakyat Johor khususnya penduduk di sekitar kawasan pesisir pantai diminta lebih berwaspada bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku susulan amaran fenomena air pasang besar.
Air pasang besar diramal berlaku hari ini hingga Ahad
Penduduk di kawasan pesisir pantai di seluruh negara disarankan agar berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula hari ini hingga Ahad.
Air laut pasang, laluan pejalan kaki tembok laut Padang Kota Lama ditutup sementara
Penutupan itu dibuat bermula petang Isnin selepas kejadian air pasang di kawasan tersebut dan demi keselamatan semua pihak.