Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu pertindihan melibatkan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional Malaysia (TVET) seperti sistem pendidikan berbeza mengikut kementerian perlu diatasi bagi memastikan ia dapat diperkasa.
Beliau berkata berdasarkan struktur sedia ada, terdapat enam kementerian melaksanakan TVET mengikut sistem pendidikan masing-masing iaitu Kementerian Pendidikan; Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Belia dan Sukan.
Turut melaksanakan TVET adalah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; Kementerian Pembangunan Luar Bandar serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, katanya.
"Pertindihan yang merangkumi sistem pendidikan, pensijilan, kekangan dana pembangunan serta ketidaktentuan nasib graduan TVET adalah antara cabaran yang perlu dihadapi dan diselesaikan," katanya.
Dr Wan Azizah menyatakan demikian ketika berucap merasmikan sambutan Jubli Emas 50 Tahun Politeknik Malaysia di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini, pada Ahad. Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.
Pemilihan PUO sebagai tuan rumah sambutan dibuat kerana ia merupakan politeknik pertama di negara ini yang ditubuhkan 1969.
Menjelas lanjut, timbalan perdana menteri berkata Jawatankuasa Pemerkasaan TVET yang diumum penubuhannya oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada Nov lepas diharap dapat memberi impak positif dalam menangani isu pertindihan itu.
"Jawatankuasa ini diharapkan dapat melaksanakan penyelarasan dan rasionalisasi merangkumi governan, penjenamaan, kualiti, industri dan pembiayaan," katanya.
Selain itu, Dr Wan Azizah berkata bagi memperkasakan program TVET, peranan industri perlu dipertingkatkan kerana fasiliti dan perkhidmatan pendidikan yang mantap tidak akan memberi makna tanpa penglibatan pihak berkenaan.
Katanya adalah menjadi harapan kerajaan agar pihak industri dapat terlibat dengan lebih aktif supaya teknologi terkini boleh dikongsi bersama terutama dengan politeknik Malaysia.
"Pihak industi perlu sentiasa berkomunikasi dengan institusi TVET berkenaan keperluan tenaga kerja agar tidak berlaku percanggahan ataupun "mismatch" di antara keperluan industri dan graduan yang dihasilkan.
"Saya menyarankan politeknik terus memperkasakan aktiviti kolaborasi bersama pihak industri melalui konsep kilang pengajar dengan menambah penglibatan industri ke dalam politeknik di dalam pelbagai bidang," katanya sambil menambah konsep itu akan melibatkan perantisan, pembelajaran berasaskan kerja serta belajar dan mendapat pendapatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2019
WAN AZIZAH: Pertindihan yang merangkumi sistem pendidikan, pensijilan, kekangan dana pembangunan serta ketidaktentuan nasib graduan TVET adalah antara cabaran yang perlu dihadapi. - Gambar fail
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli, Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MITI bekerjasama dengan kementerian, agensi relevan tingkat bilangan pekerja mahir - Tengku Zafrul
Menerusi kerjasama itu semua pihak akan merangka perancangan yang sewajarnya untuk meningkatkan bilangan pekerja mahir Malaysia.
Kementerian, jabatan diwajibkan hantar wakil hadiri Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2023
Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan menghantar wakil seramai boleh bagi menghadiri Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan 2023.
Hentikan anjurkan majlis besar-besaran untuk elak pembaziran - PM
Menurut Anwar antara amalan pembaziran tersebut termasuk pembelian pakaian baharu bagi sesuatu majlis atau program yang dilaksanakan.
Timbalan Menteri sedia guna pengalaman, bantu Kerajaan Perpaduan
Barisan Timbalan Menteri yang baru dilantik bersedia menggunakan pengalaman sendiri dalam membantu kementerian masing-masing.
Kementerian berkaitan perlu capai prestasi Jualan Murah Keluarga Malaysia 100 peratus
Annuar berkata ini kerana pelaksanaan program jualan di pusat JMKM itu yang bermula pada 19 Ogos lepas, setakat ini dilihat masih menunjukkan prestasi kurang memuaskan.
Lima kementerian diminta tingkatkan jumlah lokasi PJMKM - Annuar
Annuar berharap supaya sasaran program jualan itu diadakan di kesemua 639 lokasi di kawasan DUN dapat dilaksanakan pada akhir September ini.
Kerajaan akan perkukuh pelaksanaan MyMudah - Ismail Sabri
Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) bersetuju untuk memperkukuhkan pelaksanaan MyMudah di semua kementerian, agensi persekutuan dan negeri.
Beku akaun suami ingkar bayar nafkah, KPWKM bincang dengan kementerian, agensi berkaitan
KPWKM akan cuba melaksanakan langkah itu pada tahun ini berdasarkan kerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan.
Titah Diraja: 93 Ahli Parlimen selesai bahas, kini giliran menteri menjawab
Sesi menjawab perbahasan usul tersebut akan dimulakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sekitar jam 11.30 pagi.
Perlu ada badan pemantau bebas sorot pencapaian setiap kementerian - Noor Azlan
Badan tersebut akan memastikan ketelusan dan keberkesanan gerak kerja kementerian dalam mencapai KPI yang ditetapkan bersama.