Perumahan dan struktur tol jadi tumpuan Majlis Penasihat Kerajaan

Perumahan dan struktur tol jadi tumpuan Majlis Penasihat Kerajaan
Bagi sebelah petang pula Majlis Penasihat dijangka bertemu pemegang konsesi lebuhraya bagi membincangkan penstrukturan tol.
KUALA LUMPUR: Isu perumahan dan penstrukturan tol dijangka menjadi perbincangan utama Majlis Penasihat Kerjaan hari ini.

Berdasarkan jadual padat pertemuan Majlis Penasihat Kerajaan, pada sebelah pagi ia dipenuhi dengan pertemuan bersama pihak berkuasa berkait perumahan dan peserta industri perumahan.
Antaranya Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara Jayaselan K. Navaratnam; Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Datuk Ahmad Aziz Ali; Ketua Pegawai Perbadanan PR1MA Malaysia Datuk Abdul Mutalib Alias.

Selain itu Majlis Penasihat akan turut mendengar penerangan Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan Chang Kim Loong, dan Ketua Unit Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) Shuhardi Turaz Radzik Aznan.

Bagi sebelah petang pula Majlis Penasihat dijangka bertemu pemegang konsesi lebuh raya bagi membincangkan penstrukturan tol.

Ia termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad Datuk Azman Mokhtar dan akan turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif PLUS Datuk Azman Ismail.