KUALA LUMPUR :Tahun 2020 sudah sampai ke penghujungnya dan kita bakal meraikan ketibaan tahun 2021 yang pastinya diharapkan menjadi satu tahun yang baik buat semua rakyat Malaysia.

Pelbagai sejarah tercipta tahun ini, ada yang baik dan tidak kurang juga menghadirkan 1,001 cabaran yang tidak pernah diduga sebelum ini.

Begitupun, hidup perlu diteruskan dan menjelang 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas buat rakyat Malaysia pada malam ini.

Sudah tentu banyak isu akan disentuh memandangkan negara berdepan pelbagai cabaran sepanjang 2020.

Perutusan khas itu juga dijangka mengandungi perancangan kerajaan pada tahun 2021 dan pelbagai isu lain berkaitan rakyat.

Saksikan perutusan khas itu yang akan disiarkan secara langsung di semua platform Astro AWANI pada pukul 9 malam ini.