Pesawat TUDM Hawk 108 dilapor hilang di sempadan Pahang-Terengganu

Pesawat TUDM Hawk 108 dilapor hilang di sempadan Pahang-Terengganu
Pihak TUDM telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Tentera Udara Malaysia (TUDM) Hawk 108 dikhuatiri hilang di utara Kuantan dan di persempadanan Terengganu dari Pahang jam 11.30 pagi tadi.

TUDM mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sekitar 12.35 tengah hari tadi.
Kenyataan tersebut turut menyebut pesawat telah berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan 30 minit selepas itu.

Pihak TUDM telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

[BERITA LANJUT MENYUSUL]