Sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini petang tadi.
Pengurus Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRD) Wilayah Sarawak Wan Johari Wan Shahid berkata pihaknya menerima panggilan dari menara kawalan mengenai pendaratan cemas itu kira-kira pukul 2.41 petang.
Katanya beliau difahamkan juruterbang membuat panggilan ke menara kawalan (Pusat Kawalan Trafik Udara) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching selepas merasakan pesawat itu menghadapi masalah yang berkaitan dengan pendaratan.
Beliau berkata pihaknya terus membuat persiapan rapi pendaratan kecemasan sebaik sahaja menerima panggilan dan lima minit kemudian pesawat itu berjaya mendarat seperti biasa tanpa mengalami sebarang masalah.
Wan Johari yang dihubungi Bernama berkata pesawat itu didapati tidak menghadapi masalah semasa mendarat, dan katanya memang menjadi prosedur biasa bagi juruterbang memastikan segala persiapan pendaratan kecemasan dibuat rapi apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan peralatan mendarat.
Menurutnya pesawat itu telah ditunda ke hangar TUDM untuk pemeriksaan.
Sementara itu, tinjauan mendapati operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching berjalan lancar seperti biasa, tanpa sebarang gangguan jadual penerbangan.
Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan lewat petang tadi berkata pesawat pejuang F/A 18D TUDM telah membuat 'precautionary landing', selepas mendapati pesawat tersebut menghadapi masalah kecil.
Menurutnya 'Nose Landing Gear Indicator' di dalam kokpit pesawat menunjukkan ianya tidak berfungsi meskipun ketiga-tiga gear pendaratan telah pun turun, dan juruterbang kemudian berjaya mendarat dengan selamat.
Pesawat tersebut dalam penerbangan pulang ke Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang setelah selesai Eksesais PARADISE 4/2017 di Pangkalan Udara Labuan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2017
Pesawat pejuang F/A 18D TUDM telah membuat 'precautionary landing' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, selepas ia menghadapi masalah kecil. - Gambar hiasan
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Papan tanda McDonald's terbakar
Kejadian itu tular dalam media sosial apabila api marak membakar struktur di papan tanda tersebut.
Banjir: Warga emas berdepan detik cemas bot penyelamat terbalik
Situasi itu adalah yang terburuk sepanjang tempoh 30 tahun dia menetap di Kampung Paya Besar, Hulu Terengganu.
Banjir: Pekerja ladang berdepan detik cemas terperangkap 8 jam
Mangsa ditemukan pada jam 4.40 petang dalam keadaan selamat di kedudukan kira-kira 40 kilometer dari laluan utama.
Cemas ular tedung masuk baju
Anak ular tedung itu dipercayai masuk ke dalam baju ketika kanak-kanak itu berbaring di ruang pantri.
Kemaluan tersekat dalam botol plastik
Seorang lelaki berusia 47 tahun berdepan detik cemas apabila kemaluannya tersekat dalam botol plastik pada Ahad.
Guru wanita trauma, kereta dirempuh treler
Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki dirempuh sebuah treler di Jalan Chung Thien Vun, di sini, pada Jumaat.
Tiga cedera lif rosak di Jinjang
Terdapat tiga lelaki dewasa dan dua kanak-kanak menaiki lif berkenaan dari tingkat lima apabila tiba-tiba ia menggelungsur secara perlahan.
Penerjun Putrajaya Base Jump tersangkut pada tiang lampu bangunan
Mangsa tersangkut tersangkut pada aras 21 bangunan setinggi 40 tingkat dipercayai ditolak angin.
Cemas kedai dirempuh pacuan empat roda
Kejadian berlaku kira-kira sejam selepas mereka mula berniaga sekitar 12 tengah hari dan semasa itu, sedang bersedia untuk menerima pelanggan yang akan datang makan pada waktu rehat.
Mujur tidak gugur jantung!
Video berdurasi 38 saat dimuat naik CGTN itu mencemaskan semua pekerja hingga mereka lari lintang pukang.