KUALA LUMPUR: Langkah moratorium bagi pembayaran balik pinjaman dan pembiayaan yang direalisasikan menerusi kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) dengan peserta industri perbankan, yang dilaksanakan di bawah kerajaan pentadbiran Perikatan Nasional (PN), telah menjadi bantuan berimpak besar kepada individu dan perniagaan dalam meredakan kesan buruk pandemik COVID-19.
Sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 1 Mac 2020, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kabinetnya menghadapi cabaran hebat untuk mengimbangi di antara kelangsungan hidup dengan punca pendapatan rakyat, ekoran krisis kesihatan yang turut menjejaskan ekonomi dan sosial dunia.
Moratorium pinjaman menyeluruh secara automatik selama enam bulan berkuat kuasa pada 1 April dan berakhir pada 30 Sept, 2020, bernilai RM89.6 bilion pada 11 September, yang memberi manfaat kepada perniagaan (RM31.4 bilion) dan individu (RM58.2 juta).
Ini diikuti dengan moratorium secara bersasar selama enam bulan lagi, yang berakhir pada Mac ini bagi mereka yang masih memerlukan.
Setiausaha Agung Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Stan Singh-Jit berkata aliran aktiviti runcit telah merosot dan menjejaskan perniagaan sektor itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Kami dapati kuasa beli sudah berubah dan orang ramai berbelanja dengan lebih berhati-hati. Sedangkan pada masa sama, kami juga perlu menguruskan aspek seperti gaji pekerja, bayaran sewa serta perkara lain.
"Sudah pasti, kemudahan moratorium itu amat banyak membantu dari segi kos dan menampung perbelanjaan mereka. Tanpa moratorium itu, mungkin ada perniagaan yang terpaksa ditutup," katanya kepada Bernama.
Beliau juga menyifatkan usaha libat urus antara MRCA dengan pihak berwajib seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta BNM banyak membantu kerana lebih maklum serta mengambil kira pandangan untuk menangani isu berbangkit.
Sehubungan itu, beliau berharap moratorium menyeluruh dapat diperkenalkan semula apabila kemudahan moratorium bersasar berakhir pada penghujung bulan depan.
"Pelaksanaan moratorium menyeluruh secara automatik itu lebih menjadi pilihan utama berbanding permohonan individu secara berasingan dalam moratorium bersasar kerana perniagaan berdepan kesukaran untuk memohon pinjaman membabitkan tempoh pemprosesan serta ketetapan berkaitan.
"Malah, banyak syarikat turut menghadapi masalah membabitkan kadar faedah dikenakan oleh pihak bank kerana kaedah pengiraan yang berbeza," katanya.
Sementara itu, pemilik perniagaan firma perunding merangkap Pengarah A+I Design Sdn Bhd Wan Ainon Zuraiha Wan Abdul Khalid berkata pelaksanaan PKP bagi membendung penularan pandemik itu pada Mac tahun lepas, telah memberi kejutan besar kepada kebanyakan perniagaan.
Beliau yang juga ahli Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia berkata sebahagian besar perniagaan tidak dapat meneruskan operasi kecuali yang disenaraikan sebagai sektor penting.
"Syarikat saya yang terbabit dalam aktiviti pembinaan adalah kelompok terakhir yang dibenarkan untuk menyambung operasi.
"Oleh itu, kemudahan moratorium menyeluruh yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah sesuatu yang amat dihargai oleh perniagaan milik individu serta perusahaan kecil dan sederhana seperti kami yang bergelut untuk mencari sumber demi kelangsungan perniagaan serta sumber pendapatan para pekerja," katanya.
Beliau berkata walaupun jumlah moratorium itu berbeza dan bergantung kepada komitmen kewangan individu dan perniagaan terbabit, namun secara amnya langkah tersebut membolehkan mereka terus bertahan sambil merancang tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 28 2021
Moratorium pinjaman menyeluruh secara automatik berkuat kuasa pada 1 April dan berakhir pada 30 Sept, 2020. Ini diikuti dengan moratorium secara bersasar selama enam bulan lagi, yang berakhir bulan ini.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Kerajaan perlu berhati-hati guna ruang fiskal yang ada - Pakar ekonomi
Sehingga akhir Jun tahun ini, paras hutang statutori mencecah 56.8 peratus, namun ia masih di bawah had statutori 60 peratus KDNK yang dibenarkan.
Permohonan moratorium mulai hari ini! Ini pautan untuk anda memohon
Jurucakap BNM menjelaskan faedah keuntungan hanya akan terakru (diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman yang tertangguh.
MEF mahu moratorium diperluaskan kepada kumpulan M40, lebih banyak perniagaan
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mencadangkan agar skop moratorium di bawah Pemerkasa PLUS diperluaskan kepada kumpulan M40 dan semua jenis perniagaan.
Gabungan NGO gesa lanjut moratorium automatik enam bulan lagi
Dalam perkembangan sama, satu petisyen turut digerakkan di laman www.change.org yang mensasarkan tandangan sebanyak 15,000.
Total lockdown: Ramai di ambang muflis, pengusaha bas harapkan moratorium, bantuan kewangan
Ketika ini ramai yang sedang menanti untuk diisytiharkan muflis disebabkan tidak mampu lagi membayar ansuran bas yang dibeli.
Moratorium: Kelulusan automatik bagi permohonan peminjam terjejas semua peringkat termasuk B40
Kelulusan secara automatik bagi permohonan moratorium serta pengurangan pembayaran balik ansuran pinjaman sebanyak 50 peratus akan diberi oleh bank kepada golongan yang terjejas.
Pemerkasa PLUS: Isi rumah terima tambahan BPR RM500, bujang RM100
Perdana Menteri berkata, bayaran BPR tambahan itu akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti.
Hubungi BNM jika bank enggan memendekkan tempoh pinjaman
Pengguna berhak meminta pihak bank memendekkan tempoh bayaran balik hutang mereka apabila mereka berkemampuan meningkatkan bayaran.
Moratorium menyeluruh tidak baik untuk ekonomi, rakyat - Gabenor
moratorium bersasar adalah lebih baik berbanding moratorium menyeluruh kerana ia memberi pilihan kepada peminjam untuk membuat keputusan kewangan sendiri
PKP 2.0: Laksana semula moratorium secara menyeluruh - DPDM
Daniel Wong berkata, kerajaan juga tidak perlu memikirkan tentang kemampuan institusi perbankan kerana perkara itu boleh dilaksanakan.