Fiesta Durian atau Kendurian akan diperluas dan dijadikan sebagai budaya baharu di negara ini, ujar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Jelasnya, langkah itu susulan sambutan menggalakkan daripada pengunjung termasuk pelancong dalam dan luar negara.
"Jualan di Dataran Merdeka sahaja sebanyak 50 tan dapat dihasilkan dan di sini pengunjung berpeluang mencari pelbagai jenis durian... ada Musang King, durian kampung, durian klon.
"Sekarang ini, di Hong Kong, harga durian boleh cecah $400 dan ia meningkat melalui kempen seperti ini selain memberi pendapatan baik kepada pengusaha durian dalam negara kita," katanya selepas melancarkan Kendurian di Dataran Merdeka di sini hari ini.
Tambahnya, hasil jualan buah durian yang julung kali diadakan di Dataran Merdeka ini boleh mencecah sehingga RM1 juta sepanjang tiga hari acara diadakan.
Beliau, dalam pada itu, menggalakkan mana-mana agensi kerajaan dan pihak korporat melakukan acara sama bagi memeriahkan dan mewarnai aktiviti pelancongan di Malaysia.
"Kalau di tempat lain pada Julai, Ogos dan September mereka ada pesta mereka, namun kita namakan pesta ini sebagai Durian Fest dan kita menggalakkan pejabat-pejabat kerajaan, korporat dan keluarga mengadakan acara ini, seperti pesta durian, kendurian dan mari makan buah-buahan tempatan," tambahnya lagi.
Bertempat di Dataran Merdeka, pesta makan durian ini bermula sejak Jumaat dan akan berakhir pada Ahad ini.
Pengunjung boleh menikmati raja buah ini dengan kaedah pilih, timbang, bayar dan makan di ruang yang disediakan.
Pesta makan durian bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 10 malam.
Selain ibu negara, Kendurian turut diadakan di Pahang, Perak, dan Pulau Pinang.
Antara durian yang menjadi pilihan pengunjung ialah Musang King, D24, dan Udang Merah.
Rahimah Abdullah
Sat Jul 30 2016
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (dua, kiri) menunjukkan durian yang dipromosikan pada majlis perasmian Fiesta Durian 2016 di Dataran Merdeka. -Bernama
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Ada keperluan pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN
Terdapat keperluan untuk PDRM melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967, yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Bubur pedas, juadah tradisi meriahkan Ramadan di Sarawak
Setiap kali Ramadan, juadah bubur lambuk pasti menjadi 'fenomena' di Semenanjung, sejak sekian lama.
Cristiano Ronaldo akui dia bukan lagi ‘pemain terbaik’ Portugal?
Bernardo Silva telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Portugal walaupun Cristiano Ronaldo masih beraksi untuk negaranya.
Cuaca panas: Orang Asli hadkan aktiviti luar rumah, masuk hutan
Bahang cuaca panas menyebabkan masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Brooke terpaksa mengurangkan aktiviti di luar rumah dan masa bekerja di dalam hutan.
Kod etika wartawan baharu bertepatan keperluan dunia kewartawanan - Shabery
Ia selaras dengan peredaran zaman dan cabaran teknologi serta peranan penting mereka sebagai suara rakyat.
Polisi mampan ekonomi kitaran perlu dibangunkan - Ahmad Shabery
Ahmad Shabery berkata, sekiranya berjaya, pengaplikasian ekonomi kitaran dijangka memberi keuntungan lebih RM100 bilion.
Felda beri penekanan amalan ekonomi kitaran dalam KEB 2024
Ahmad Shabery berpendapat Malaysia harus membangunkan peta hala tuju ke arah perlaksanaan ekonomi kitaran yang lebih menyeluruh.
Peneroka Felda terpaksa tanggung kerugian jika harga gula kekal rendah - Shabery
Kenaikan harga gula mentah berkali ganda sejak 2020 menyebabkan harga gula sebenar jauh melangkaui harga siling yang ditetapkan.
Shabery Cheek sedia bantu BN rampas kerusi Parlimen Kemaman
Ahmad Shabery berkata kekalahan BN dengan majoriti lebih 27,000 undi pada PRU15 bukan halangan besar bagi gabungan itu memenangi PRK itu.
Kekalkan kestabilan Johor sebagai negeri barisan hadapan ekonomi Malaysia
Katanya, Johor yang sudah maju di bawah pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini dilihat makin kukuh dan kuat di bawah gandingan BN-PH.
Isu Felda boleh selesai di bawah pentadbiran kerajaan negeri, pusat yang sama - Ahmad Shabery
Felda yakin beberapa isu yang menghimpit peneroka di Kelantan akan dapat diselesaikan dengan baik sekiranya kerajaan negeri dan kerajaan pusat bernaung di bawah tampuk pimpinan yang sama.
Warga Felda berperanan corak landskap politik tanah air - Ahmad Shabery
Warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memainkan peranan besar dalam mencorakkan landskap dan masa depan politik tanah air.
Komitmen kerajaan bantu kurangkan beban kewangan Felda - Pengerusi
Jaminan itu memberi makna yang besar kepada Felda dalam usaha melaksanakan transformasi.
Internet pantas di kawasan Felda bantu peneroka pasar produk - Ahmad Shabery
Perkhidmatan internet pantas dapat meningkatkan ekonomi digital seperti membantu peneroka memasarkan produk dan terlibat dalam e-dagang.