Tutup

Petekma cadang bangunkan aplikasi perkhidmatan teksi

Petekma cadang bangunkan aplikasi perkhidmatan teksi
bercadang membangunkan sebuah aplikasi mudah alih di telefon pintar bagi menawarkan perkhidmatan mereka. - Astro AWANI/Fail
KUALA LUMPUR: Akur dengan kemajuan teknologi, Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) bercadang membangunkan sebuah aplikasi mudah alih di telefon pintar bagi menawarkan perkhidmatan mereka.

Presidennya, Mohd Syahrir Abdul Aziz berkata, melalui aplikasi itu penumpang boleh membuat tempahan dengan mudah tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga.
"Pada pandangan saya, adalah lebih baik sekiranya pengusaha teksi sendiri yang membangunkan aplikasi ini. Biarlah pengusaha kita yang mengendalikannya sendiri. Kita tak nak ada pihak ketiga," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara,di Bernama News Channel (BNC) di sini, malam tadi.

Menurutnya, cadangan itu sudah dikemukakan kepada kerajaan menerusi pertemuan bersama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), baru-baru ini.
Sebelum ini, persatuan tersebut menggesa kerajaan mengharamkan perkhidmatan teksi Uber dan Grabcar yang disifatkan menjejaskan pendapatan pemandu teksi selama ini. -- Bernama