KUALA LUMPUR:Siasatan berhubung punca kejadian yang melibatkan kapal MV Dayang Topaz melanggar struktur pelantar di medan Baram, 14 batu nautika dari Miri, pada Selasa lepas sedang dijalankan, menurut Petronas.
Syarikat minyak negara itu berkata penilaian menyeluruh terhadap struktur pelantar itu sedang dilakukan.
"Petronas komited dalam mengambil semua langkah yang diperlukan untuk memastikan struktur pelantar kekal selamat dan terjamin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Petronas berkata siasatan awal oleh pihaknya mendapati kejadian itu tidak mendatangkan sebarang kesan ke atas alam sekitar.
Ia juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa relevan untuk memantau situasi tersebut dan melakukan penilaian lebih lanjut untuk memastikan segala kemungkinan ditangani dengan segera, katanya.
"Kami juga memberikan semua sokongan yang diperlukan kepada DESB Marine Services Sdn Bhd dalam perkara ini," menurutnya.
Dalam kejadian Selasa lepas, kapal itu berlanggar dengan struktur pelantar berikutan kabel sauhnya terputus semasa cuaca buruk melanda.
Kapal itu, yang dimiliki anak syarikat milik penuh Dayang Enterprise Holdings Bhd, DESB Marine Services, sedang menjalankan kerja-kerja operasi di platform Baram untuk Petronas Carigali Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 29 2020
Dalam kejadian Selasa lepas, kapal MV Dayang Topaz berlanggar dengan struktur pelantar berikutan kabel sauhnya terputus semasa cuaca buruk melanda. - Bernama
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dayang Topaz: Mayat jurutera dijangka diterbangkan ke Kuala Lumpur hari ini
Mayat mendiang akan dibawa ke rumah ibu bapanya di Kampung LBJ, Seremban, Negeri Sembilan untuk upacara penghormatan terakhir.
Petronas jalankan penilaian struktur pelantar susulan insiden Dayang Topaz
Syarikat minyak negara itu berkata penilaian menyeluruh terhadap struktur pelantar itu sedang dilakukan.
Insiden Dayang Topaz: Tindakan pantas selamatkan lebih 100 nyawa dalam cuaca buruk di Miri
Seramai 187 kru berada dalam kapal apabila satu daripada kabel kapal putus menyebabkan kapal hilang kawalan apabila dipukul ombak dan berlanggar dengan struktur pelantar penggerudian berhampiran.
Insiden Dayang Topaz : Kesemua anak kapal dikehendaki jalani saringan COVID-19 dan kuarantin
187 anak kapal termasuk dua warga asing yang diselamatkan diarah untuk menjalani saringan COVID-19 dan melalui proses kuarantin 14 hari.
Dayang Topaz: Dua anak kapal disahkan meninggal dunia, 185 berjaya diselamatkan
Dua anak kapal disahkan meninggal dunia manakala 185 yang lain berjaya diselamatkan dalam satu insiden kecemasan di kapal platform Dayang Topaz di perairan Miri pada pagi Selasa.
Kronologi insiden Dayang Topaz: Ini apa anda perlu tahu
Insiden itu melibatkan seramai 187 kru kapal termasuk 185 kru warganegara Malaysia dan dua warganegara Indonesia.
Tali sauh terputus ketika ribut dipercayai punca Dayang Topaz rempuh pelantar minyak
Susulan kejadian, seramai 125 kru terpaksa terjun menyelamatkan diri.
Setiausaha politik Nanta bersyukur adik selamat dalam insiden Dayang Topaz
Lidam memaklumkan telah berhubung dengan adiknya Dony Tanjong yang memberitahu telah dibawa ke Miri bersama-sama rakan sekerjanya yang lain.
Dayang Topaz: Satu maut, 124 mangsa berjaya diselamatkan
Setakat jam 11 pagi, 124 kru kapal yang terjun telah diselamatkan manakala 62 lagi berada di atas kapal.