KUALA LUMPUR: Petugas kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) dilarang membuat sebarang pernyataan awam berhubung dasar dan keputusan kerajaan tanpa kebenaran.
KKM dalam satu kenyataan media hari ini merujuk kepada ciapan di media sosial mengenai proses pemberian vaksin yang didakwa ditulis oleh petugas kesihatan KKM.
“Selaras dengan prinsip perkhidmatan dan peraturan berkaitan tatatertib, setiap penjawat awam ditegah untuk membuat pernyataan yang secara langsung atau tidak langsung menyentuh pelaksanaan apa-apa dasar awam, program dan keputusan Kerajaan tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran.
“Pernyataan yang tidak wajar dan dibuat tanpa usul periksa bukan sahaja menjejaskan imej pegawai sebagai penjawat awam, malah boleh menyebabkan kekeliruan dan kegelisahan dalam masyarakat serta menjejaskan kredibiliti perkhidmatan awam dan kerajaan,” menurut Ketua Setiausaha KKM dalam kenyataan tersebut.
KKM mendakwa bahawa arahan tersebut bukan bertujuan menghalang kebebasan bersuara, tetapi bagi memastikan pegawai-pegawai menggunakan saluran aduan yang betul serta “menjaga imej dan kredibiliti pegawai, perkhidmatan awam dan kerajaan”.
Sehubungan itu, hukuman tatatertib akan dikenakan terhadap salah laku dalam penggunaan media sosial serta sebarang pernyataan awam yang didapati tidak wajar.
Sebelum ini, seorang pakar perubatan KKM dalam satu ciapan menerusi Twitter memuat naik satu mesej aduan tentang tindakan memotong barisan untuk mendapat vaksin COVID-19 di Kelantan, yang diterima daripada seorang individu yang tidak ingin dinamakan.
Ciapan tersebut mendapat perhatian Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin yang menyatakan komitmennya untuk menyiasat dakwaan pemotongan barisan itu.
Amaran daripada KKM ini dikeluarkan sehari selepas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengumumkan tentang lima pindaan peruntukan sedia ada dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan lima peruntukan baharu dalam Ordinan Darurat 2021, berkuat kuasa mulai 11 Mac depan.
Antara peruntukan baharu termasuk Seksyen 31 yang memberi kerajaan kuasa untuk mengenakan penalti bawah Akta 342 bagi mana-mana kesalahan yang tidak dinyatakan di dalamnya.
Sebarang perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti denda sehingga RM50,000 atau hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Nailah Huda
Thu Mar 04 2021
KKM dalam satu kenyataan media hari ini merujuk kepada ciapan di media sosial mengenai proses pemberian vaksin yang didakwa ditulis oleh petugas kesihatan KKM. - Gambar fail.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
KKM siasat dakwaan pesakit meninggal dunia akibat kegagalan ventilator
KKM menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi menyiasat dakwaan seorang pesakit meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana berpunca kerosakan mesin ventilator baru-baru ini.
Cebisan kain dalam martabak: KKM keluar notis kompaun terhadap peniaga cuai
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan lanjut melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) turut mengenal pasti beberapa kesalahan dilakukan pemilik gerai.
KKM sasar tempoh 4-5 tahun laksana transformasi kesihatan digital
Pelaksanaan transformasi menerusi strategi 'satu individu satu rekod' itu akan dimulakan dengan penggunaan rekod perubatan elektronik (EMR) di setiap fasiliti kesihatan terlibat.
KKM dapat bayaran balik ventilator tidak berfungsi - PAC
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berpuas hati dengan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM), yang berjaya mendapatkan bayaran balik RM16,785,910.95 bagi 104 unit ventilator yang tidak berfungsi.
8,803 kompaun lebih RM2 juta dikeluarkan atas kesalahan merokok, kawalan demam denggi
Sebanyak 8,803 kompaun bernilai lebih RM2 juta dikeluarkan KKM pada bulan lepas atas kesalahan merokok dan kawalan demam denggi.
KKM batal notifikasi tiga produk komestik mengandungi racun berjadual
Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi tiga produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual, dan ia tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
Sabah rekod kes jangkitan tibi tertinggi pada 2023 - KKM
Sebanyak 22,680 kes iaitu 84.7 peratus merupakan jangkitan dalam kalangan warganegara, manakala 4,101 kes iaitu 15.3 peratus dalam kalangan bukan warganegara.
Polis sahkan kematian wanita di hotel tidak libatkan unsur jenayah
Polis mengesahkan kes kematian seorang wanita di sebuah bilik hotel di sini pada awal pagi tadi tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.
KKM larang penjualan produk coklat jenama Slymchoco atau Slymochoco
Semua media pengiklanan termasuk platform e-dagang dan media sosial hendaklah menghentikan penyiaran iklan makanan itu.
JKN Perak mulakan siasatan berhubung dakwaan doktor lakukan gangguan seksual di HRPB
Satu surat layang diterima pihak JKN Perak melalui pos pada 28 Februari lepas, dan satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan pada 29 Februari.