Baru empat hari mula ditugaskan mengawal sempadan negara, dua siri tangkapan berkaitan cubaan menyeludup daun ketum berjaya dilakukan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Menurut Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji, tangkapan pertama berjaya dilakukan pada jam 7.30 pagi pada 24 November melibatkan tangkapan daun ketum.

Ketika itu sekumpulan anggota sedang melakukan rondaan di kawasan Kok Mak, telah terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.

Selepas mengejar hampir dua kilometer anggotanya berjaya menahan kereta itu di Jalan Batu 20 berhampiran Blok Felda Mata Ayer.

Bagaimanapun pemandu kenderaan berjaya melarikan diri ke dalam kawasan semak berhampiran.

Katanya hasil pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut telah menjumpai 16 guni bewarna putih mengandungi daun-daun hijau disyaki ketum seberat 560 kilogram.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM114,000.

Semua suspek melarikan diri sejurus melihat kenderaan pihaknya dan tidak sempat membawa bersama tiga guni yang berisi daun ketum. - Foto PGA

Sementara itu, Abdul Ghani berkata dalam satu serbuan jam 4 petang semalam berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu, Padang Besar pihaknya berjaya merampas 84 kilogram lagi daun ketum dianggarkan bernilai RM12,600 yang dipunggah dari sebuah kereta oleh sekumpulan lelaki ke tembok sempadan.

Bagaimanapun katanya, semua suspek melarikan diri sejurus melihat kenderaan pihaknya dan tidak sempat membawa bersama tiga guni yang berisi daun ketum.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen Akta Racun 1952.

Baru empat hari mula ditugaskan mengawal sempadan negara, dua siri tangkapan berkaitan cubaan menyeludup daun ketum berjaya dilakukan PGA.