PADANG BESAR:Sebuah tugu dan stadium mini akan dibina bagi memperingati pengorbanan Sarjan Baharuddin Ramli, 54 tahun, dalam mempertahankan kedaulatan negara ketika satu insiden berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand minggu lalu.
Menurut Pemerintah Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Supt Rosman Kasman, tugu peringatan itu akan dibina di pos kawalan TS9 di sini, lokasi di mana Baharuddin rebah dan menghembuskan nafas terakhir.
"Ia untuk mengingati apa yang telah berlaku, yang menyebabkan kematian dan kecederaan parah kepada anggota Senoi Praaq, sebagai kesinambungan untuk generasi baharu tentang bagaimana perjuangan rakan-rakan sebelum daripada mereka.
"Jadi, dengan adanya tugu peringatan ini, semua memori tentang kejadian itu akan sentiasa berpanjangan. Sepanjang perkhidmatan dia, kita ingat.
"Kita mahu mengingati perjuangan yang telah dilakukan kedua-dua mereka demi mempertahankan keselamatan negara daripada ancaman anasir yang tidak bertanggungjawab seperti penyeludupan," katanya kepada media hari ini sambil menunjukkan lokasi kejadian tersebut.
Baharuddin, seorang Orang Asli dari suku kaum Semelai, merupakan anggota Senoi Praaq atau Batalion 3 PGA, yang berpangkalan di Bidor, Perak.
Pada 24 Nov lalu, berlaku insiden yang menyaksikan Baharuddin terkorban, selepas kejadian berbalas tembak dengan sekumpulan penyeludup semasa melakukan tinjauan dan risikan di kawasan berkenaan.
Rakan setugasnya Sarjan Norihan Tari cedera parah dalam kejadian itu dan kini sedang dirawat.
Kejadian berlaku kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 tersebut.
BACA: Anggota PGA Koperal Baharuddin Ramli selamat disemadi
BACA: Anggota PGA ditembak: Mendiang Koperal Baharuddin rajin, berani - Rakan baik
Kata Rosman, tugu tersebut akan dibina sebaik selesai siasatan Jabatan Forensik Bukit Aman di lokasi kejadian.
Tambahnya, bagi mengenang jasa Baharuddin dalam bola sepak, sebuah stadium mini yang lengkap dengan astaka akan dibina di Kem PGA 3 di Bidor.
Menurutnya, kecintaan serta minat mendiang terhadap sukan bola sepak sangat mendalam bermula sebagai pemain sehingga menjadi ketua pasukan dan jurulatih pasukan Batalion 3.
"Sebagai memenuhi hasrat dia yang telah tiada, saya ingin membina satu astaka mini, untuk dikenali sebagai Astaka Sarjan Baharuddin.
"Saya harap sebelum saya keluar daripada Batalion 3 ke mana-mana, saya nak pastikan astaka ini wujud sebagai kenangan kepada mendiang yang sangat cintakan sukan bola sepak," katanya.
Semalam, 1 Disember, merupakan hari terakhir penugasan selama sebulan Batalion 3 PGA di sempadan itu dan mereka akan digantikan dengan Batalion 2 PGA dari Kulim, Kedah.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Dec 02 2020
Rosman menunjukkan lokasi di mana Sarjan Baharudin rebah dan menghembuskan nafas terakhir. - Foto Astro AWANI
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunaikan umrah
Kerajaan Arab Sudi terus komited untuk mempermudahkan urusan umrah sekaligus dapat menggalakkan lebih ramau umat Islam mengerjakannya.
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Kempen ‘We Care For Society’ diteruskan untuk tahun kelima
Sepanjang Ramadan Hada Labo meneruskan kempen amal “We Care For Society” untuk tahun kelima menyumbang kepada golongan yang memerlukan di Malaysia.
Kerajaan Perpaduan tidak pernah tahan wartawan, tutup media - Fahmi
Menurut Fahmi, sehingga kini mana-mana wartawan masih boleh menulis laporan termasuk memberikan kritikan terhadap kerajaan.
Pengebumian jenazah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal
Umavathi Ramayah membawakan perkembangan terkini pengebumian Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur.
Sindiket beli ganja hampir 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket yang aktif sejak dua tahun lalu itu dikesan membuat pesanan ganja berharga antara RM800 hingga RM1,000, dan ia diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
MB Terengganu sedia kongsi kepakaran bantu siasatan nahas helikopter TLDM
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ser Ahmad Samsuri Mokhtar sedia membantu dan berkongsi kepakaran sekiranya diperlukan dalam membantu menyiasat insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak.
Tugu bekas bos Arsenal Wenger didedahkan di luar Stadium Emirates
Sebagai tanda penghormatan dan kesyukuran berterusan kelab, tugu Arsene yang tersergam indah kini berdiri di luar Stadium Emirates.
PGA hasrat bina stadium mini, tugu peringatan Sarjan Baharuddin
Kecintaan serta minat mendiang dalam sukan bola sepak sangat mendalam bermula sebagai pemain sehingga menjadi ketua pasukan dan jurulatih pasukan Batalion 3.
Perancis buka semula ekonomi dan sempadan
Presiden Perancis, Emmanuel Macron membuka semula semua restoran dan ekonomi negara berkenaan untuk mempercepatkan pemulihan pasca COVID-19.
Protes George Floyd: Lagi tugu tokoh imperialis dialihkan di UK
Keputusan ini dibuat selepas satu tugu memperingati pedagang hamba abdi, Edward Colston, ditumbangkan di Bristol oleh penunjuk perasaan.
Tugu Beckham bakal berdiri megah di stadium LA Galaxy
Beckham menerima pengiktirafan tertinggi daripada LA Galaxy yang membina tugu khas buatnya.
Taman Tugu kini di bawah Badan Amanah Awam - PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kerajaan telah meluluskan supaya Taman Tugu diletakkan di bawah satu badan amanah awam yang dinamakan Amanah Warisan Negara.