Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH) yang kini menerajui kerajaan baharu akan memastikan apa yang diberi kepada orang Melayu tidak disalahgunakan.
Perdana Menteri berkata kerajaan yang ada sekarang akan membuat sesuatu bagi menjayakan orang Melayu termasuk dalam aspek kewangan bagi mengurangkan jurang ekonomi mereka dengan kaum-kaum lain.
"Kita akan cipta dasar, peluang dan mengadakan kemudahan bagi orang Melayu meningkatkan prestasi mereka, tetapi kali ini kita akan tentukan segala yang diberi kepada orang Melayu tidak akan disalahgunakan oleh mereka. Jualan pemberian tidak akan dibenarkan.
"Kita akan tentukan mereka dilatih dengan cara-cara mengurus, terutama pengurusan wang. Kita akan semai dalam hati sanubari mereka nilai-nilai yang mulia. Kita tidak akan teragak-agak bertindak terhadap penyelewengan," katanya.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata demikian ketika berucap pada sambutan ulang tahun kedua parti itu di Stadium Malawati, di sini malam tadi.
Turut hadir isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Pengerusi DAP Tan Kok Wai, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Dr Mahathir berkata kerajaan dan pemimpin Pakatan Harapan akan menentukan hanya mereka yang terlatih atau berpengalaman diberi pertimbangan semasa menilai tawaran mereka dalam tender.
"CV mereka akan diambil berat, terutama berkenaan tabiat mereka apabila berhutang termasuk hutang PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)," katanya.
Beliau turut memberi jaminan bahawa kepimpinan PH termasuk Bersatu tidak akan merampas hak atau harta sesiapa malah akan menitikberatkan dan mengambil kira soal persamaan satu sama lain.
Menyentuh soal ekonomi membabitkan orang Melayu, Dr Mahathir berkata di bawah Dasar Ekonomi Baru, orang Melayu telah diberi banyak peluang dan bantuan supaya mereka dapat meningkatkan kejayaan mereka dalam perniagaan dan perusahaan.
"Dengan itu perbezaan ketara antara ekonomi mereka dengan kaum lain dapatlah dikurangkan sedikit. Kejayaan program ini amatlah kecil dan tidak memuaskan. Namun keperluan mengurangkan jarak ekonomi antara kaum perlu diteruskan,.
"Soalnya ialah apakah sebabnya Dasar Ekonomi Baru dengan 'affirmative actionnya' gagal mencapai matlamat. Mirip kita ialah untuk menuduh orang lain. Mirip kita ialah untuk menuduh kerajaan, menuduh kaum lain dan berbagai lagi. Mereka semua salah apabila kita gagal. Kita tidak pernah salah. Jika kita dapat mengaku kita yang bersalah, maka perlu kita betulkan kesalahan kita," katanya.
Justeru, Anggota Parlimen Langkawi itu menyeru orang Melayu untuk menyertai perjuangan Pakatan Harapan dan Bersatu bagi membaiki kedudukan mereka.
Menurutnya, ini kerana dengan berpegang pada nilai-nilai yang mulia, dengan kesanggupan berkorban untuk masa depan, matlamat yang telah mereka gariskan untuk bangsa, agama dan negara akan tercapai.
"Bersatu ini adalah sebahagian daripada kerajaan. Ini memberi peluang kepada Bersatu memainkan peranan dalam usaha membangunkan orang Melayu supaya bahagian mereka dalam negara ini terpelihara, seperti kaum-kaum lain memelihara kaum mereka," katanya.
Dr Mahathir berkata Bersatu adalah parti Melayu dan bumiputera yang ditubuhkan kerana UMNO sebagai parti orang Melayu sudah diselewengkan dan tidak dapat dibaiki dari dalam.
Tegasnya lagi, Bersatu tidak akan menjadi seperti kepimpinan kerajaan terdahulu dan akan mengutamakan kemajuan negara untuk dinikmati semua pihak.
"Parti Bersatu tidak akan jadi UMNO Najib. Kita tidak akan utamakan apa (yang) diri kita dapat. Keutamaan kita ialah untuk memajukan negara supaya menjadi negara maju. Tumpuan kita ialah agihan nikmat negara maju secara adil dan saksama," katanya.
Pada majlis itu, Dr Mahathir turut menyampaikan hadiah kepada Bersatu Bahagian Bachok, Kelantan, kerana merekodkan pendaftaran anggota baharu paling ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 08 2018
Dr Mahathir menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Stadium Malawati, Shah Alam, 8 Sept, 2018. --fotoBERNAMA
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
AWANI Tonight: UN Human Rights calls for independent investigation on Gaza mass graves
The UN Human Rights calls for an independent and transparent investigation into the mass graves found in and around hospitals in Gaza, including the Nasser Hospital.
AWANI Tonight: The US Senate approves bill to ban TikTok
The US Senate has approved a controversial landmark bill that could see TikTok banned in America, with President Joe Biden saying he would sign it into law as soon as it reaches his desk.
Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat dikebumi di kampung halaman
Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus disemadi dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.
AWANI Tonight: 24 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan: Bekas pengurusan JPM, MoF akan dipanggil
Bekas pengurusan tertinggi JPM dan MoF adalah antara 47 saksi pendakwaan yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Adam Radlan.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
'Ramai sudah mula hilang keyakinan kepada Bersatu' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semakin ramai orang sudah hilang keyakinan kepada pembangkang terutama Bersatu.
Tiada ADUN lain akan ikut jejak Abdul Rashid
Menurutnya, tindakan ADUN Selat Klang itu juga tidak dipersetujui oleh wakil rakyat lain kerana dianggap membelot kepada pengundi.
Bersatu akan berdepan krisis perlembagaan parti - Puad
Ia susulan tindakan ADUN Selat Klang isytihar sokongan kepada MB ketika parti itu baru meluluskan pindaan perlembagaan.
PRK: Pas sedia tanding kerusi Jeli, Gua Musang
Difahamkan tindakan itu susulan Bersatu membuat pindaan perlembagaan parti itu pada Sabtu.
Pindaan perlembagaan akan beri kesan kepada enam MP Bersatu – Muhyiddin
Pindaan perlembagaan Bersatu akan memberi kesan kepada kedudukan enam Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri.
Jana Wibawa: 47 saksi akan beri keterangan terhadap Adam Radlan
Saksi-saksi ini akan memberi keterangan berdasarkan pernyataan saksi dan dokumentasi bagi semua kes terbabit telah pun diserahkan kepada pihak pembelaan.