Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mengambil masa yang lebih panjang untuk menunaikan semua janji manifeso dalam 100 hari atas faktor hutang negara.
"Kita ada masalah kewangan dan perlu bayar hutang. Jika dahulu kita tidak tahu sejauh mana masalah ini (hutang negara) berlaku. Sekarang kita sudah mendapat tahu masalah ini dan kita mohon sedikit ruang untuk untuk tunai semua janji dalam 100 hari," katanya ketika ditemu ramah dalam lintas langsung rancangan Bernama News di Bernama News Channel hari ini.
Lintas langsung tersebut bersiaran dari Seri Perdana, Putrajaya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri 2018.
Bagaimanapun katanya, kerajaan PH telah menunaikan beberapa janji yang telah dibuat dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke 14 termasuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar dan menstabilkan harga minyak.
Dalam pada itu Dr Wan Azizah turut melahirkan rasa gembira dan bersyukurnya kerana setelah sekian lama beliau dan keluarga dapat meraikan Aidilfitri bersama suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dibebaskan dari penjara.
Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menyeru rakyat Malaysia supaya terus menjaga keamanan dan perpaduan di negara ini walaupun terdiri dari pelbagai kaum dan agama.
"Kita ini unik. Negara kita terdiri dari rakyat yang berbilang kaum dan bangsa. Itu aset yang mesti kita pelihara, pupuk dan perbaiki. Dunia telah menyaksikan kita dapat menukar kerajaan (Barisan Nasional) yang sudah 61 tahun itu dengan aman dan tenteram," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Fri Jun 15 2018
DR WAN AZIZAH: Kerajaan PH akan mengambil masa yang lebih panjang untuk menunaikan semua janji manifeso dalam 100 hari atas faktor hutang negara. -Gambar fail
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
Rebut peluang tingkat kelayakan akademik melalui APEL
Inisiatif yang disediakan MQA itu memberikan pilihan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kelayakan akademik individu.
Berlalu sudah 100 hari, apa pula selepas ini? Dialog Tiga Penjuru 8.30 malam ini
Adakah semua kementerian mencapai KPInya dalam 100 hari yang ditetapkan, dan paling penting adakah rakyat benar-benar menerima manfaatnya?
Kerajaan perlu wujud jawatankuasa khas tangani isu alam sekitar
Kerajaan perlu mewujudkan jawatankuasa khas untuk melihat polisi dan mengambil langkah-langkah penguatkuasaan dalam menangani isu alam sekitar.
New Zealand rekod 100 hari tanpa jangkitan baharu COVID-19
Ketika ini, negara yang dengan populasi lima juta orang itu sudah menjalani kehidupan seperti biasa.
Mohd Zuki lalui 100 hari pertama di 'luar norma kebiasaan'
Kepentingan fungsi dan peranan beliau sebagai KSN menyerlah semasa Yang di-Pertuan Agong berkenan merungkai kemelut kepimpinan negara.
Rakyat akan terus tagih janji PH - Pemuda UMNO Kelantan
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, rakyat berhak menuntut janji tersebut selepas mereka memberi mandat kepada PH untuk menerajui tampuk pemerintahan negara.
PRK Balakong: Isu hapuskan tol tanya saya - Guan Eng
MCA tidak sepatutnya bertanyakan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Wong Siew Ki ketika berkempen kerana beliau bukan menteri.
Perlu ada 'win-win' sebelum tol dikurangkan - Mohd Anuar
Usaha menghapuskan tol bukannya janji kepada rakyat dalam 100 hari sebaliknya merupakan janji jangka panjang yang perlu dilaksanakan secara berperingkat.
Sabah telah bertemu Petronas isu royalti minyak
Kerajaan Negeri Sabah sudah mengadakan pertemuan dengan Petronas bagi membincangkan usaha merealisasikan tuntutan 20 peratus royalti minyak, baru-baru ini.
Beri peluang, kita duduk dalam perut mak pun 9 bulan - Jamal Yunos
Jamal menyatakan sokongan supaya kerajaan PH di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad diberi peluang untuk menunaikan manifesto.