SHAH ALAM:Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) akan membekalkan 12 juta dos vaksin CoronaVac COVID-19 kepada Kementerian Kesihatan susulan permeteraian satu perjanjian oleh kedua-dua pihak pada Selasa.
Perjanjian itu dimeterai oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba sebagai mewakili kementeriannya dan Pharmaniaga diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulannya Datuk Zulkarnain Md Eusope.
Zulkarnain berkata Pharmaniaga menjangka menerima bekalan pertama CoronaVac daripada Sinovac Lifesciences Co Ltd (Sinovac) dari China bulan depan dan vaksin itu akan tersedia kepada rakyat Malaysia pada akhir Mac atau awal April.
"Pharmaniaga berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan untuk membekalkan vaksin kepada kemudahan kesihatan kerajaan. Kami akan mengendalikan proses pembotolan (fill and finish) CoronaVac serta mengendalikan logistik dan pengedaran vaksin itu ke hospital, klinik dan kemudahan lain yang ditetapkan kerajaan.
"Anak syarikat milik penuh kami, Pharmaniaga LifesSience Sdn Bhd (PLS) akan membotolkan CoronaVac di kilang Small Volume Injectable diperakui GMP dan Kesatuan Eropah yang digunakan semula bagi projek ini," katanya dalam satu kenyataan.
BACA: Malaysia bakal peroleh vaksin buatan China, Rusia
Beliau berkata urusan logistik dan pengedaran akan dikendalikan oleh Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB), yang memiliki pengalaman selama 26 tahun menguruskan pengedaran vaksin dan memiliki prasarana canggih untuk menyokong keperluan itu.
Memandangkan situasi yang belum pernah berlaku ini, Pharmaniaga juga meningkatkan aspek keselamatan dari segi logistik vaksin, kata Zulkarnain.
Pada 12 Jan, Pharmaniaga memeterai perjanjian dengan Sinovac untuk mendapatkan bekalan besar vaksin yang akan melalui proses pembotolan di kilang berteknologi tingginya.
Perjanjian itu juga termasuk pindahan teknologi kepada syarikat berkenaan.
Zulkarnain berkata Pharmaniaga berpuas hati dengan keputusan awal daripada ujian klinikal Tiga Fasa yang dijalankan ke atas orang awam di Turki yang menunjukkan keberkesanan CoronaVac pada 91.25 peratus.
"Pharmaniaga, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan beberapa perbincangan dengan Sinovac mengenai keputusan ujian klinikal Fasa Tiga di Indonesia dan Brazil yang dijalankan menggunakan reka bentuk kajian berbeza tetapi mengikut standard dan garis panduan ketat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Di Brazil, sebagai contoh, ujian klinikal dijalankan hanya ke atas kumpulan profesional penjagaan kesihatan. Pharmaniaga berpuas hati dengan keputusannya terutamanya apabila CoronoVac merupakan satu-satunya vaksin dalam pasaran yang mengambil langkah berani sedemikian untuk menjalankan kaji selidik dalam persekitaran kumpulan yang mudah dijangkiti.
"Kami sangat yakin CoronaVac selamat, berkesan dan berkualiti tinggi bagi kegunaan rakyat Malaysia," katanya.
Zulkarnain berkata CoronaVac telah didaftarkan dan diluluskan untuk kegunaan semasa kecemasan di China, Chile, Brazil, Indonesia dan Turki yang mana Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Indonesia Joko Widodo telah mengambil vaksin itu.
"Meskipun wujud perkembangan yang menggalakkan mengenai penggunaan CoronaVac, kita perlu mematuhi peraturan di Malaysia dan biarlah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengkaji semula surat-surat dan dokumen berkaitan vaksin itu yang telah dihantar baru-baru ini.
"Tertakluk kepada kelulusan NPRA, Insya-Allah, kami akan menyediakan vaksin untuk rakyat pada akhir Mac atau awal April," katanya.
Beliau berkata, sebaik sahaja CoronaVac berdaftar dengan NPRA, PLS akan menjadi pemegang pendaftaran produk dan pengedar eksklusif, yang diberikan kebenaran oleh Sinovac untuk keluaran siap pasaran Malaysia yang dikeluarkan di peringkat tempatan atau import dari China bagi kerajaan dan sektor swasta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Pharmaniaga berkata PLS telah menghantar permohonan untuk mendaftar dengan NPRA pada 19 Jan, 2021.
Katanya, PLS telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan bagi pembelian dan pengedaran COVID-19 Coronavac, SARS-COV-2 Vaccine (Vero Cell) Inactivated untuk dibekalkan ke hospital, klinik dan kemudahan-kemudahan lain di seluruh negara seperti diarahkan oleh Kementerian Kesihatan.
"Pembekalan vaksin COVID-19 yang telah selesai adalah tertakluk kepada pendaftaran dengan pihak berkuasa kawalan ubatan dan memenuhi semua syarat peraturan," katanya.
Menurutnya, perjanjian itu akan berkuat kuasa mulai 26 Jan 2021 dan dilaksanakan dalam tempoh setahun, tertakluk kepada penamatan lebih awal oleh mana-mana pihak yang gagal mematuhi obligasi atau selepas membuat perjanjian muktamad.
Pharmaniaga berkata CoronaVac merupakan jenis vaksin virus tidak aktif yang terdiri daripada zarah-zarah virus yang hidup dalam kultur dan kemudiannya hilang keupayaan untuk menghasilkan penyakit.
Vaksin jenis ini boleh dipercayai dan teknologinya telah terbukti sejak ditubuhkan 40 tahun lepas. Ia juga bersedia untuk digunakan tanpa perlu dicairkan.
Keadaan penyimpanan dan pengedaran vaksin ini adalah antara dua hingga lapan darjah Celsius, iaitu suhu vaksin yang sama digunakan oleh kemudahan sedia ada Pharmaniaga serta kemudahan penyimpanan di hospital dan klinik kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 26 2021
CoronaVac telah didaftarkan dan diluluskan untuk kegunaan semasa kecemasan di China, Chile, Brazil, Indonesia dan Turki. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.