Peguam Negara, Tommy Thomas menegaskan pihak pendakwaan tidak bersetuju perintah larangan sementara media membincangkan kes membabitkan SRC International Sdn Bhd yang dibuat peguam bela Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tegasnya, beliau tidak memahami keperluan permohonan itu dan ruang lingkup perintah larangan itu.

“Larangan itu tidak diminta oleh pihak kami. Saya rasa anda perlu bertanyakan perkara tersebut kepada pihak peguam bela. seperti yang anda tahu, kami tidak bersetuju,” katanya di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, hari ini.



Tommy menjelaskan perintah larangan sementara itu akan digunakan sehingga lapan Ogos (2018), iaitu untuk tempoh sebulan.

Selepas itu, beliau menjelaskan, pihaknya akan terus membantah perintah larangan media membincangkan kes SRC International membabitkan Najib.