Kementerian Dalam Negeri bercadang untuk meminda beberapa akta sedia ada yang dilihat lapuk melibatkan penguatkuasaan perjudian haram terutamanya di atas talian.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peruntukan yang lebih khusus diperlukan lantaran sistem pelayan (server) judi haram atas talian kadangkala berada di luar negara.
Bagaimanapun, buat masa ini, jelas Muhyiddin pihak polis mengguna pakai Akta Pencegahan Jenayah (POCA) yang dilihat berjaya menurunkan kadar aktiviti judi haram kepada lima peratus.
“Isu perjudian haram ini tidak dilihat sebagai judi sahaja. Ada sindiket dan ada pihak-pihak besar di belakang mereka. Disebabkan oleh kerana ia atas talian dan ‘server’ kadang-kadang di luar negara, kita perlu ada undang-undang tertentu.
“Sementara perkara itu (pindaan Akta) kita bawa ke Parlimen pada masa akan datang, kita gunakan POCA yang memang agak berkesan apabila ada penurunan, dengan kadarnya sudah tinggal lima peratus,” katanya pada pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan daripada Alice Lau Kiong Yieng (PH-Lanang) yang bertanyakan berkenaan usaha KDN menerusi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menangani isu perjudian haram terutama dalam talian.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Jul 09 2019
MUHYIDDIN: Disebabkan oleh kerana ia atas talian dan server kadang-kadang di luar negara, kita perlu ada undang-undang tertentu. - Gambar fail
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
11 suspek Macau Scam direman 21 hari
Hakim Norashima Khalid memberi kebenaran itu bermula hari ini sehingga 16 Februari selepas menerima permohonan daripada pihak polis.
Pinda akta: Cekup orang besar sindiket judi haram - Muhyiddin
Peruntukan yang lebih khusus diperlukan lantaran sistem pelayan (server) judi haram atas talian kadangkala berada di luar negara.
Sindiket tonto tumpas, 16 suspek ditahan di bawah POCA
Kesemua mereka yang ditahan akan diambil tindakan dan didakwa di bawah Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA).
Mahkamah Tinggi tolak kes mencabar Akta Pencegahan Jenayah
Sureshwaran Rajoo yang dibuang daerah selama tiga tahun bermula dari 29 Mei lalu menjalani sesi pendengaran diwakili peguamnya, N. Surendran.
Protes di luar pagar Parlimen
Kira-kira 30 orang berkumpul di luar bangunan Parlimen hari ini sebagai membantah pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA).
Pindaan Akta Pencegahan Jenayah untuk perangi jenayah terancang - Najib
Perdana Menteri menjelaskan pindaan itu bukan untuk mengembalikan ISA.
'ISA baru' jadi fokus Parlimen hari ini
Pindaan kontroversi Akta Pencegahan Jenayah 1959 bakal menjadi tumpuan utama di Parlimen hari ini.
Zahid: Pindaan CPA turut dapat sokongan pembangkang
Pindaan yang dilakukan dalam Akta Pencegahan Jenayah (PCA) mendapat maklum balas baik daripada pemimpin pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.