Rang Undang-Undang (Pindaan) Kebankrapan 2016, yang memberi peluang kedua kepada individu yang pernah diisytiharkan bankrap, akan dibawa ke Kabinet minggu depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata beliau optimis rang undang-undang itu dapat dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya pada persidangan Parlimen Mac tahun depan.
Beliau berkata antara perkara yang diberi perhatian ialah cadangan meminda Seksyen 33A Akta Kebankrapan 1967 berhubung pelepasan kebankrapan, yang akan memberi peluang kedua kepada mereka yang diisytiharkan bankrap untuk memulakan kehidupan baharu.
Rang undang-undang itu juga memberi tumpuan kepada penjamin sosial iaitu mereka yang menjadi penjamin kepada geran pendidikan, sewa beli kenderaan dan pinjaman perumahan.
"Selain itu, turut dicadangkan adalah kadar kebankrapan dinaikkan daripada RM30,000 kepada RM50,000," katanya pada sidang media di pejabatnya di Parlimen hari ini.
Azalina berkata pindaan akta itu turut melibatkan cadangan untuk memendekkan jangka masa kebankrapan daripada lima kepada tiga tahun.
Menurutnya tempoh lima tahun adalah terlalu lama jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Kanada yang mengenakan sembilan bulan, Thailand (tiga tahun), United Kingdom (12 bulan) dan Australia (tiga tahun).
Dalam pada itu, beliau berkata berdasarkan statistik kebankrapan Jabatan Insolvensi Malaysia, seramai 97,215 orang diisytiharkan bankrap sejak 2012 sehingga September lepas dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 27,269 orang.
Beliau berkata sewa beli kenderaan merupakan punca utama kebankrapan dengan mereka yang berumur dalam lingkungan 35 hingga 44 tahun adalah golongan paling ramai diisytiharkan bankrap iaitu 33,967 orang.
Pada pembentangan Bajet 2017 pada 21 Okt lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan meminda Akta Kebankrapan 1967 yang memberi perhatian kepada mereka yang diisytiharkan bankrap terutamanya kerana menjadi 'penjamin sosial'. - Bernama
Bernama
Thu Oct 27 2016
Azalina berkata pindaan akta itu turut melibatkan cadangan untuk memendekkan jangka masa kebankrapan daripada lima kepada tiga tahun.
TPM mahu lebih ramai anak muda sabah diberi pendidikan TVET
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu lebih ramai anak muda di Sabah diberi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi menampung permintaan tenaga mahir daripada pelabur asing atau domestik di negara ini.
Warga emas melecur kebakaran dua rumah di Kota Belud
Wanita warga emas melecur dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Payas-Payas, Kota Belud, petang Sabtu.
Budak perempuan 7 tahun maut dua kenderaan bertembung
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Indah Utama, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
Kerajaan dan Tabung Haji utamakan keselamatan jemaah haji
Mohd Na'im menjelaskan, kerajaan Arab Saudi juga berusaha memastikan urusan menunaikan rukan Islam kelima berjalan lancar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Dewan Negara lulus pindaan Akta Kebankrapan
Rang Undang-undang (Pindaan) Kebankrapan 2016 yang antara lain memberi perlindungan kebankrapan terhadap penjamin sosial dilulus Dewan Negara hari ini.
Pindaan Akta Kebankrapan dibawa ke Kabinet minggu depan
Rang Undang-Undang (Pindaan) Kebankrapan 2016, yang memberi peluang kedua kepada individu yang pernah diisytiharkan bankrap, akan dibawa ke Kabinet minggu depan.
Akta baharu bantu individu bankrap dibentang di Parlimen tahun depan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata setelah deraf undang-undang itu dimuktamadkan, ia akan dibentangkan di Parlimen pada tahun depan.