Tiga wilayah iaitu Kalimantan Tengah, Timur dan Selatan disenarai pendek sebagai lokasi baharu pentadbiran ibu kota Indonesia.

Walaupun belum ada keputusan muktamad, lima kota lain masih menaruh harapan iaitu Palangkaraya, Samarinda, Tanjong Selor, Banjarmasin dan Pontianak.

Kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, wilayah mana pun yang dipilih republik itu, Sarawak tetap memainkan peranan sama sebagai sebuah negara jiran.

"Masalah ni kita hanya memerhati keputusan untuk kebaikan Indonesia tapi kalau diperlukan kita boleh bekerjasama," katanya selepas Majlis Korban Perdana Majlis Islam Sarawak 1440 di Kompleks Hikmah Petra Jaya pada Ahad.

Jelas Abang Johari, Sarawak akan tetap membantu dan memperkukuhkan kerjasama bilateral kedua-dua negara.

Sebelum ini, Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo mengumumkan hasrat untuk memindahkan pusat pentadbiran negeri itu ke Kalimantan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) bersama Joko Widodo semasa sambutan rasmi di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra sempena lawatan rasmi Presiden Indonesia itu ke Malaysia pada Jumaat lalu.