Wakil rakyat Sepanggar Datuk Mohd Azis Jamman, akan menyumbangkan gajinya sebagai Ahli Parlimen pada bulan ini dan bulan seterusnya, selagi Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, bagi membantu rakyat di kawasannya yang terjejas sepanjang tempoh itu.
Mohd Azis dalam kenyataan hari ini berkata, beliau mengambil keputusan tersebut setelah mendapat maklumat, tentang kesukaran sebahagian masyarakat untuk membeli barangan dapur serta keperluan susu anak-anak, kerana terjejas sumber pendapatan ekoran perintah kawalan pergerakan berkenaan.
"Saya rasa tidak sewajarnya saya menerima gaji dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kerana saya tidak dapat menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen (ketika ini), untuk melawat penduduk kampung di Sepanggar. Adalah lebih wajar gaji saya diserahkan kepada mereka yang lebih memerlukan.
"Meskipun sumbangan ini tidak besar, tetapi ia boleh digunakan bagi membeli barangan makanan dan keperluan harian, seterusnya diagih-agihkan kepada golongan terjejas dalam tempoh ini," katanya, yang turut memohon pihak swasta, usahawan dan tokoh korporat di Sabah, untuk tampil menghulurkan sumbangan.
Katanya, Pusat Khidmat Parlimen Sepanggar akan dibuka sebagai pusat pengumpulan bantuan makanan serta keperluan harian, dan mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi pegawai perhubungan terbabit, iaitu Raini di talian 010-5472921; Redzwan 014-6787800; Jasni 016-8406511; dan Hadi Murba 011-10231002.
Dalam pada itu, Mohd Azis berkata, pihaknya telah mengagihkan barangan makanan dan keperluan harian kepada lebih 4,000 pelajar yang tinggal di asrama, membabitkan beberapa institusi pengajian tinggi di negeri ini iaitu Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah dan Politeknik.
"Hari ini, penghantaran bantuan makanan akan diteruskan kepada anggota TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia), polis, para doktor dan jururawat. Pihak kami juga mula mengagihkan bantuan kepada ibu tunggal dan golongan terjejas sumber pendapatan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 23 2020
Pihaknya telah mengagihkan barangan makanan dan keperluan harian kepada lebih 4,000 pelajar yang tinggal di asrama, membabitkan beberapa institusi pengajian tinggi di negeri ini iaitu Universiti Malaysia Sabah, UiTM Sabah. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
City U, LZS santuni 110 pelajar asnaf sempena Ramadan
City U dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni 110 orang pelajar-pelajar asnaf dalam dalam usaha berkongsi rezeki pada bulan Ramadan ini menerusi Majlis Iftar City U.
Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki negatif pada 2022
PR1MA pula dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.
MAIWP salur RM19.03 juta sumbangan Ihya' Ramadan
MAIWP salur RM19.03 juta dana zakat menerusi sumbangan lhya' Ramadan kepada 871 masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tahun ini.
SPCAAM gesa PM arah majikan beri bantuan sebulan gaji
Katanya, pemberian itu akan memperkasa pekerja golongan B40 dan M40 dalam meraikan sambutan serta mengukuhkan ikatan kekeluargaan.
JBPM peruntuk lebih RM2 juta perkasa pasukan bomba sukarela
Terdapat 367 PBS di seluruh negara dengan lebih 8,000 keanggotaan, setakat Disember lepas.
Kanada tangguh dana UNRWA Palestin, terus pembiayaan kepada agensi lain di Gaza
Kanada meneruskan bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza pada Selasa dengan menyediakan dana sebanyak CAN$40 juta (RM141 juta) untuk pelbagai agensi.
Kerajaan beri bantuan RM1,000 untuk jemaah haji Muassasah golongan B40
Jemaah haji Muassasah golongan B40 akan membayar kos haji berjumlah RM12,356, berbanding RM13,356 yang ditetapkan kerajaan sebelum ini.
Penjawat awam Terengganu terima bonus RM2,000 Mac depan
Seramai 14,457 penjawat awam di Terengganu akan menerima bonus sebanyak RM2,000 pada tahun ini sebagaimana diumumkan oleh kerajaan Pusat sebelum ini.
Penggunaan kad kredit berkurangan, pengguna beralih kepada platform BNPL - SeaMoney
SPayLater memberi pengguna fleksibiliti pembayaran dengan membuat pembelian segera dengan pelan pembayaran yang fleksibel, kata satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.