Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memuji rakyat Malaysia yang semakin peka akan keperluan penjarakan sosial.

Beliau yang membeli barang di sebuah pasar raya di ibu negara turut memantau stok barangan keperluan harian.

“Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasar raya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasar raya.

“Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial. Barang-barang di pasar raya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik,” kongsi Muhyiddin dalam muat naik status di laman sosialnya.

Kerajaan sebelum ini memberi jaminan bahawa bekalan makanan dan keperluan asas rakyat mencukupi sekaligus tiada keperluan untuk rakyat melakukan pembelian panik.